BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 1, 2009

special momento






Ya..special momento...
byk perkara boleh aku ungkapkan tentang 'Special Momento' untuk ku 2 hari (30 Ogos & 31 Ogos 2009) yang lalu.

30 Ogos 2009

1st mOmenTo.....

Sahabat baik+ kawan lamaku (Izyati) di SMKT (Tampin) mengajak ku untuk berjumpa. Gembira hati ini. Memandangkan dia di USM Penang dan aku pula memang di Penang...aku terima pelawaannya dengan hati terbuka. Tambahan pula kami memang sudah lama tidak ketemu. Inilah masanya. Dan dalam masa yang sama, ajakannya mengajak ku berjalan-jalan ke Bukit Mertajam bukan lah jalan-jalan biasa. Jalan-jalan yang penuh makna dalam memperbaharui silaturrahim sedia ada antara kami dan membina ukhuwah baru sesama saudara Islam terutama sekali dengan sahabat-sahabat USM yang tidak ku kenali. Mulanya diri ini agak risau tentang penampilan diri yang agak biasa jika nak dibandingkan dengan mereka, namun aku cuba husnuzzon (bersangka baik) dan kuatkan diri bahawa malu itu bertempat. Asalkan niat baik, Allah akan tunjukkan jalan. Begitu fikirku.

Perjalanan kami ke Institut al-Qayyim (IQ) Bukit Mertajam di permudahkan. Bercerita sepanjang perjalanan memang tak membosankan. Tapi pelik kerana kali ini aku lebih banyak berbicara jika nak dibandingkan aku bersama kawan yang lain. Kerana aku memang agak pendiam. Hehe..Penat si Yati melayan bicara ku. Bicara sambil diselang-selikan dengan gelak tawa yag ceria. Namun, sempat juga aku mengerling ke arah langit dan terlihat pelangi menampakkan dirinya senja itu tatkala kami melintasi Jambatan Pulau Pinang. Subhanallah.

Alhamdulillah..cuma terlewat sikit petang tu, azan Maghrib dah pun berkumandang. Tiada bekalan yang dibawa. Lupa juga sebenarnya, tapi takpe hanya ketinggalan 5 minit sahaja.


2nd moMenTo....

Mengimarahkan bulan Ramadhan bersama-sama kenalan baru merupakan saat manis yang akan aku kenang. Walaupun hanya untuk satu malam, namun ia sudah cukup membuatkan aku mengenangkan kembali zaman persekolahan ketika di asrama. Berbuka berjemaah, solat berjemaah, solat terawih berjemaah,ditambah pula dengan tazkirah dan ada sesi ta'aruf selepas itu. Aku rindukan suasana seperti itu. Teringat kawan-kawan seperjuangan dan adik-adik dorm Ibnu Sina...betapa cepat masa berlalu. Sesi ta'aruf bersama hampir semuanya dari USM, cuma aku yang ganjil di situ. Hehe..UPM mari. Apa pun kedatangan aku di situ di sambut dengan baik. Alhamdulillah. Setiap seorang ku perhatikan satu persatu, alangkah sejuk perut ibu mengandung melihat anak mereka di situ. Moga istiqamah!

31 Ogos 2009

3rd momento....

Pertemuan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin tidak pernah ku jangka. Momento yang begitu berharga apabila dapat bertemu dan menuntut ilmu dengan beliau.Keesokan paginya, selepas bersahur bersama, solat Subuh bersama, kami bergerak ke rumah Ustaz Asri Zainal Abidin. (Bersebelahan dengan Institut al-Qayyim tersebut). Redup dan sejuk isi rumahnya. Dengan pelbagai kitab ilmu bermacam bidang tersusun rapi di rak. Aku impikan rumah seperti itu. Pengisian pagi itu sangat santai dengan beberapa topik dibicarakan oleh beliau. Sebelum ini pernah juga aku membaca penulisan beliau, tetapi mungkin dek cetek ilmu kadangkala aku tidak berapa mendalaminya. Tetapi, apabila berdepan dengan Ustaz dan mendengar butir bicaranya satu per satu, sedikit demi sedikit kemusykilan yang aku pendam dulu di rungkai satu per satu. Bahasanya mudah difahami dan terus masuk ke hati. Alhamdulillah...soalan demi soalan di ajukan oleh mereka yang ingin bertanyakan pendapat, tidak kurang juga yang bertanyakan tentang kemusykilan, sehingga baru aku tahu permasalahan yang melanda umat ini. Masih jahil diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka. Moga ditunjukkan jalan buat hamba Mu ini Ya Allah....

ALHAMDULILLAH....31 Ogos 2009 memberi aku satu kenangan dan pengisian yang sungguh bermakna di sebalik tarikh bersejarah itu. Andai belum merdeka, bebaskah untuk melakukan sesuatu yang kita mahu? Oleh itu... Bersyukur lah dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. Alhamdulillah.
SALAM KEMERDEKAAN & SALAM SATU MALAYSIA!


p/s: salam perkenalan wat rakan-rakan dari USM di IQ, Bkt Mertajam. Ukhuwah fillah. Dapat gelaran dari sorang adik ni--> akak diet.hehe...


5 comments:

kakna said...

owh.. jumpa uztaz asri kt penang..
ustaz muda yg lantang dan berani bersuara..
nk tny la fahaman wahabi ni sbnr nyer mcm mana?? dgr2 die bias ke arah itu
pe sbnr nyer tu wahabi ni..

baLQis Zafira said...

erm actly kakna aku pon xbrape tau..
nnti aku cube tnye kwn aku ea..kang salah bg info, xbagus jgk kan..t ak inform balik ea

baLQis Zafira said...

kakna menurut kawan aku neyh, fahaman wahabi ni or salafi, amalan yang diorg praktiskan betol2 ikut quran dan sunnah. mmg ade evidence-based on al-Quran,hadith2 sahih dan apa yang Nabi SAW amalkan.tapi kalo nak ikutkan isu fahaman2 ni sepatutnye xwujud kalau kte berbalik kembali kepada basic agama Islam dari segi teori dan praktisnya based on evidence-based....

kakna said...

owh.. he2.. faham2..
so mknnyer bkn benda yg menyimpang la..

baLQis Zafira said...

alhamdulillah..kalo ikut Quran n sunnah...x menyimpang insyaallah..=)
kire ak mnjawab sokaln ko la ek..kwn ak ade terag pjg lebar, tp ak summarize kan je..

Followers

Rapuh-Opick