BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

Tangisan Pertama Nabi SAW di Akhirat



Assalamu'alaykum sahabat2 sekalian....

Lame sudah rasenye tak mencoretkan sesuatu di blog kesayangan hamba nih..hehe
terkadang tu berada dalam satu situasi,diri ini terasa nak meluahkan dan mengilhamkan di sini
namun kekangan masa menyebabkan suasana itu terpaksa dirakamkan di kotak minda sahaja
alangkah sayangnya tidak dapat di kongsikan bersama kalian...

Semalam sampai di rumah,sementara menunggu Isyak..aku capai satu buku dalam bilik ni.
Hijau warnanya...sehijau dan sedamai isi nya...
Tajuknya sahaja membuatkan aku teringin sangat mengetahui isi kandungannya...
"MALAM PERTAMA DI SYURGA"
Dulu masa beli 1st time. Excited sgt nak bace sampai habis. Last-last tak sempat.
Alhamdulillah, kepulangan ku kali ni membuahkan kesempatan untuk aku membaca nya walaupun satu bab.

Kali ni aku terpandang kan satu bab bertajuk :
TANGISAN PERTAMA NABI SAW DI AKHIRAT

aku teruskan pembacaan ku kepada isi bab tersebut.......

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim r.a. daripada Abbas r.a.. bapa saudara Rasulullah SAW bahawa Nabi telah bersabda:

"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tangan ku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Ta'ala serta dibenarkan oleh para rasul.

Membacakan ini sahaja membuatkan hati ku tersentuh....aku teruskan lagi.

Ibnu Abbas berkata: " Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril a.s. akan menyeru: Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda: " Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara: " Wahai roh yang bak! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggutnya. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Inilah tangisan pertama Nabi di akhirat!

Berikut merupakan dialog diantara Malaikat Jibril dengan Rasulullah seperti yang dicatatkan dalam naskhah ini.

Jibril: Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Ta'ala di tempat yang luas."
Rasulullah: Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?
Jibril: Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Ta'ala.
Rasulullah: Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!
Jibril: Apakah kamu lihat di hadapanmu?
Rasulullah: Bukan seperti itu pertanyaanku.
Jibril: Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?
Rasulullah: Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka?
Jibril: Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?
Rasulullah: Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.

Aku teruskan pembacaan yang mengisahkan suasana di hari Kiamat kelak, satu demi satu ayat aku habiskan. Sungguh jelas gambaran yang diberikan. Aku jadi leka sehinggalah sampai kepada gambaran yang begitu meruntun hati ku. Sewaktu umat manusia telah dibangunkan dan dihimpunkan di Padang Mahsyar, baginda Rasulullah mencari kita yakni umatnya.

Nabi Muhammad bertanyakan Malaikat Jibril: Di mana umatku?

Jibril berkata: Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:
Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?

Jibril berkata: Lihatlah mereka wahai Muhammad!

Apabila Nabi Muhammad melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Ta'ala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan Nabi. Baginda juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: " Wahai Muhammad!"

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.
Nabi bersabda: " Wahai umatku"
Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.........

Adakah berguna tangisan kita saat itu...? Saat itu pasti merupakan saat yang sangat getir...
Di kesempatan ini, aku memohon maaf andai pernah menyakitkan hati kalian sahabat-sahabatku, andai pernah mengajak kepada dosa....maafkan aku.

Muhasabah lah diri kita hari demi hari...
waktu demi waktu....
dunia ini sudah tidak lama hayatnya....

Moga dosa kita diampunkan Allah Ta'ala dan di kurniakan syafaat baginda Rasulullah di hari akhirat kelak...
Selawat ke atas Nabi Junjungan kita yakni Nabi Muhammad SAW
Amin Ya Rabbal 'Alamin.......

0 comments:

Followers

Rapuh-Opick