BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 29, 2010

..:::setahun jagung:::..

Assalamu'alaikum wbt dan syukran buat kalian yang menziarahi laman rumah maya hamba ni...^_^

Setahun yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Malah ia makin menghampiri penghujungnya. Setahun menempuhi alam ala-ala pekerjaan sungguh memberi impak; baik positif mahupun negatif. Lantas, secara tidak langsung ia membina personaliti diri yang dahulu nya seperti tidak ketahuan arahnya..kini lebih menjadi seseorang. Ya...aku mahu jadi seperti itu, aku mahu jadi seperti ini. Bak kata pepatah "Ambil yang jernih, buang yang keruh".

Perjalanan bermula ke utara Taiping, Perak...lantas dihantar ke utara lagi hingga terkeluar semenanjung sedikit, di Pulau----Pulau Pinang. Tak pernah terlintas di fikiran, aku akan menjejak juga di kepulauan ini, melalui jambatan terpanjang itu, malah untuk tinggal di sana walaupun dua purnama. Alhamdulillah...dengan izinNya, aku sampai di situ akhirnya dengan berkat doa mak, ayah dan adik-adik. Malah, kasih keluarga angkatku di Batu Kurau juga turut membawa aku ke sana. Terima kasih sangat-sangat pada mereka yang mengambil berat terhadap ku ibarat darah daging mereka sendiri. Aku syukuri nikmat itu.


Kemudian, kembali semula ke selatan tanah air, di tempat tumpah darah ku sendiri, Seremban--berbakti di situ pula selama dua purnama. Lagi galak lah kepulangan ku ke rumah tercinta. ^_^

Meneruskan perjalanan ke Ampang sebagai orang dapur,makan dan makan sahaja tau ku...hehe .

Kemudian pula ke Bandar Tasik Selatan sebagai "cikgu" yang bukan cikgu. Cikgu yang bagi ceramah makanan untuk ibu bapa kanak-kanak istimewa di situ. Pengalaman baru kerana hari pertama sahaja sudah di beri ucapan keramat anak-anak itu---"Selamat pagi,Cikgu! Good morning, teacher!" Alangkah bermakna nya ucapan itu walaupun aku cuma orang luar, yang datang seperti gayanya seorang pendidik..maka dengan mudah anak-anak itu memanggil begitu. Tapi tak mengapa, aku suka. (^_^)

Sehinggalah akhirnya aku menamatkan perjalanan setahun praktikal ku di Kuala Lumpur selama sebulan. Seperti ingin menyambung sehingga menjadi dua bulan, tapi apa kan daya begitulah aturannya. Banyak yang aku pelajari setahun ini, tinggal lagi bagaimana ingin aku menukarnya ke bentuk acuan ku sendiri. Mahu jadi seperti dia, atau dia kah? Terpulang. Mana yang baik diteladani, mana yang kurang molek diperbaiki. Bukan begitu kah seharusnya? Mudah-mudahan, InsyaAllah.

Minggu exam pun sedang di lalui kini. Cuma tinggal satu sahaja penilaian kini, minggu depan akan ada VIVA exam. Moga dipermudahkan aku dan juga rakan seperjuangan ku menempuh saat itu dengan tenang. Itulah yang terakhir. Terakhir di sini........selepas empat tahun perjuangan. Terima kasih pada mereka yang bertungkus lumus untuk kami selama 4 tahun di sini. Terima kasih...!


P/S: 4 tahun dulu akan menjadi kenangan silam yang pasti tidak akan aku padamkan kisahnya. Mungkin akan ada entri lain untuk itu. hehe....tunggu.....(' ',)


Antara dua cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

P/S: Hargai dan syukurilah apa yang ada di hadapan kita sekarang..^_^

Followers

Rapuh-Opick