BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 30, 2012

Sesungguhnya aku berpuasa...



Assalamu'alaikum sahabat-sahabatku,
Salam 10 Ramadhan.Alhamdulillah.


10 hari Ramadhan yang penuh rahmat dikurniakan untuk umat Islam dan syukur sekali kita dapat melalui 10 awal Ramadhan ini dengan penuh gigih disertai semangat juang Ramadhan.
Bagaimana 10 terawal Ramadhan kalian?

Semestinya penuh dihiasi dengan ibadah yang mendidik jiwa dan hati, InsyaAllah. Mudah-mudahan. 


Entri kali ini, saya berminat untuk meng'HIGHLIGHT'kan hadis tentang amalan berpuasa kita ini perlu bersih dari segala amalan melalui kata-kata mahupun perbuatan yang tidak elok.


Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah telah bersabda yang maksudnya:
Mafhumnya:"Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melakukan perkara yang tidak baik, dan yang kurang elok daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencerca atau hendak bergaduh dengan kamu, maka dia hendaklah mengatakan:  
”Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!”.

Macam tak logik kalo kita takkan marah sesaat pun dalam Ramadhan ni kan? Saya percaya walaupun kamu bukan jenis pemarah orangnya, namun sifat marah itu pasti ada seandainya ada perkara yang tidak sehaluan dengan kehendak kita, dengan nafsu kita. Walau tidak diluah (untuk sesetengah orang), mungkin amarah itu dipendam. 

Jika mengikut hadis yang tersebut diatas, puasa mengajak kita berhijrah dengan permulaan yang baik yakni tidak mengeluarkan kata-kata kesat, kata-kata yang tidak sopan mahupun kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain. Adakalanya lidah manusia ini bisa menjadi lebih tajam dari mata pedang. Aduh, pedih sekali andai terhiris dengan mata pedang inikan pula diguris dengan kata-kata pedas menghiris hati. Bagai dirobek-robek jantung ini tatkala mendengar amarah yang dilepaskan pada kita. 

Kerana itu perlunya pada menjaga lidah. Bukan anda sahaja, tetapi semua orang disekeliling anda. 
Menjaga diri kita dan orang lain. Diri lebih tenang, orang lain pun tenang melihat kita. Maka puasa kita lebih terjaga dari perbuatan sia-sia. Bukan hanya untuk sendirian berhad tetapi seluruh umat. InsyaAllah.


Jika ada orang yang sedang marah kepada kita, diri perlu dipujuk sabar. 
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"
Andainya ada orang mengajak kepada pergaduhan, hati perlu dididik sabar.
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"
Kiranya ada orang mencaci maki kita, jiwa perlu dikuatkan dengan sabar.
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"

Ibnu al-Qayyim menyebutkan di dalam Zad al-Maad.:
"Seseorang yang berpuasa tidak melakukan tetapi meninggalkan kerana memperhambakan diri.Ia meninggalkan kesukaan nafsu dan kelazatannya kerana mengutamakan kasih Allah dan keredhaannya.
Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan,serta mengembalikan kepadanya segala yang telah dirampas oleh nafsu syahwat"





Mudah-mudahan sifat SABAR yang kita pupuk di bulan Ramadhan ini akan menjadi paradigma baru dalam perubahan diri ke arah kebaikan untuk hari-hari mendatang. Ingat! Ini bukan sifat berkala,hanya bulan Ramadhan sahaja. Ia akhlak yang baik yang diajar Rasulullah S.A.W untuk kemaslahatan kita didunia demi menuai bekal menuju akhirat. AllahuAkbar! 



Indahnya Ramadhan~!!!! =)

0 comments:

Followers

Rapuh-Opick