BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 26, 2013

dia untukku...


Bismillahirahmanirahim

Sesungguhnya aku serahkan sepenuh hati ini kepadaMU ya Allah keranaku yakin Engkau Maha Mengetahui siapa dalam kalangan hambaMU yang layak untukku. Dengan serendah-rendah hati aku memohon, titipkanlah kepada ku hambaMU yang mampu menjadi imam di setiap solatku, ayah yang terbaik untuk setiap anakku, yang mampu menyayangiMU serta mencintaiMU lebih dari segala-galanya dan yang mampu membimbingku ke jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang.
Kuatkanlah hatiku ya Allah.
Semoga ku akan terus redha dengan segala ketentuanMU ya Allah. insyaAllah, Amin ya Rabb......

7 comments:

Anonymous said...

Amiinn...mudah-mudahan makbul setiap titipan doa saudari...

baLQis Zafira said...

Syukran sahabat atas doanya... =)

p/s: terima kasih sudi bace entri sy yang tak seberapa...hehe

Anonymous said...

Sama-sama... Entri @ setiap tajuk dan penceritaan di blog saudari ini penuh dengan ilmu. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Ingatlah, kita hanya manusia biasa yang sentiasa mencari redha Ilahi demi kehidupan di sana kelak. Bukan mudah mencari calon suami yang sempurna kerana semuanya ada kekurangan dan kelemahan masing-masing kerana mereka cuma manusia biasa...

Saudari dah temui imam solat buat saudari??? Hehe...

baLQis Zafira said...

Terima kasih lagi sekali atas komen membina nie..cuma berkongsi ilmu cetek yg ada pada saya, mudah2an ada manfaat buat sesiapa yang membaca.
Saya sgt memahami akan kurangnye sifat manusia dari sifat kesempurnaan tersebut, baik lelaki mahupun wanita. Cuma saya ingin jadi pelengkap kepada kekurangan tersebut, insyaAllah..hehe

Soalan cepumas tu...sepertinya sudah ketemu, mudah2an Tuhan makbulkan doa dan harapan nie...namun redha Ilahi tetap jadi keutamaan...=)

Anonymous said...

Seandainya ada masa & kelapangan, rajin-rajinkanlah diri menulis di blog. Saudari seorang yang berbakat dalam penulisan tapi kena gilap lagi agar boleh terus maju ke hadapan. Ingat...bukan mudah menjadi mujahidah ni...banyak dugaan, ujian dan cabarannya... :D

baLQis Zafira said...

Terima kasih untuk motivasi yg diberikan. InsyaAllah, seandainya ada peluang & ruang akan saya coretkan di halaman blog kesayangan saya ni lagi.hehe

Terima kasih sekali lagi untuk ingatan dan pesanan.... =)

Insan Biasa said...

Sama-sama... :D

SELAMAT MENCARI DAN MERAIH REDHA ILAHI...

Followers

Rapuh-Opick