اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ)
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (daripada yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.[Al-Ankabut : 45]
Imam Ibn Kathir menukilkan:
إن الصلاة فيها ثلاث خصال فكل صلاة لا يكون فيها شيء من هذه الخلال فليست بصلاة: Pada solat terdapat tiga perkara. Setiap solat yang tidak ada sedikit pun daripada perkara-perkara ini, maka ia bukanlah solat.
الإخلاص، والخشية، وذكر الله.
Iaitu: Ikhlas, takut, dan mengingati Allah.
فالإخلاص يأمره بالمعروف،
Sifat ikhlas akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
والخشية تنهاه عن المنكر،
Takut akan melarangnya daripada melakukan kemungkaran.
وذكر القرآن يأمره وينهاه
Membaca al-Quran akan menyuruhnya (kepada kebaikan) dan melarangnya (daripada kejahatan).
[Tafsir al-Quran al-Azhim]
Perkongsian dari laman FB sahabat. Moga bermanfaat~!