BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 27, 2013

Peduli Palestin..Allahu Akbar!



Ini merupakan LUAHAN HATI SEORANG anak palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestine. T.T

''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.

Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu,

kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

tidakkah kamu berasa takut walaupun sedikit?



p/s: Tunjukkan kami jalan Ya Allah bagaimana dapat kami sentiasa ambil peduli tentang saudara seislam kami di sana. Sungguh, ujian Palestin merupakan ujian umat Islam sejagat...bantulah kami Ya Allah dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Ameennnn....


Wednesday, April 24, 2013

Solat: Proses Penyucian Jiwa



اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ)

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (daripada yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.[Al-Ankabut : 45]

Imam Ibn Kathir menukilkan:

إن الصلاة فيها ثلاث خصال فكل صلاة لا يكون فيها شيء من هذه الخلال فليست بصلاة: Pada solat terdapat tiga perkara. Setiap solat yang tidak ada sedikit pun daripada perkara-perkara ini, maka ia bukanlah solat.

الإخلاص، والخشية، وذكر الله.
Iaitu: Ikhlas, takut, dan mengingati Allah.

فالإخلاص يأمره بالمعروف، 
Sifat ikhlas akan menyuruhnya melakukan kebaikan.

والخشية تنهاه عن المنكر، 
Takut akan melarangnya daripada melakukan kemungkaran.

وذكر القرآن يأمره وينهاه
Membaca al-Quran akan menyuruhnya (kepada kebaikan) dan melarangnya (daripada kejahatan).

[Tafsir al-Quran al-Azhim]


Perkongsian dari laman FB sahabat. Moga bermanfaat~!

Followers

Rapuh-Opick