BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

Mee dibanjiri udanG KuaLa SepEtanG...(^_^)



assalamu'alaykum sume....hehe...
menarik x topik kat atas tu?
menarik lagi tiga perkataan kat depan tu..haha...

mase sampai Taiping hari tu..duk nampak signboard Kuala Sepetang.
Tapi dah dekat sebulan kat Taiping ni baru lah aku tau yang kat Kuala Sepetang tu la ade mee udang yang masuk Majalah 3.
Ramai dah gtau kat aku pasal tempat popular tu..tapi takde sape nak bawak g sane lagi…hik3...

Minggu lepas Dietician kitorang yang sempoi-->Cik Jun ajak lah kami g Mee Udang Kuala Sepetang tu.
G hari rabu depan.
Aku ni paham-paham je la kan.
Bab makan.ON je.hehe....
lagi ON bile Cik Jun kate nak belanja...waaaaahhhhh!!!!.....suke3 (^_^)

Maka bersamaan dengan hari rabu 24 Jun yg lepas....impian aku nak makan mee udang Kuala Sepetang akhirnya direalisasikan.kih3....=P
disebabkan Mee Udang RM 6 dah abes sebab udang kecik dah takde stok. Maka merasa lah kitorang makan mee udang mahai sikit nah..tak mahai mana pun..RM 10. Hehe x mahal sebab ade orang belanje. Bak kate Cik Jun, sape yang x habis makan bayar sendiri…waaa..ape lagi…licin la mangkuk berisi mee udang tadi. Dalam masa yang sama, Cik Jun pesan satay senyap2…tau2 dah ade….JENG-JENG-JENG!!!

10 cucuk daging+10 cucuk ayam=20 cucuk satay atas meja.

Wahhh..kenyang kitorang malam tu (ala2 upin ngan ipin).hehe BETOL3!!! (^_^) PEkena pulak ngan NESLO ais kegemaran aku…..fuhhh…sungguh enak di minum begitu saje…hehe~~~

Maka sesi makan mee udang yang di belanja berakhir ngan doa makan bersame……. eRRkk..ALHAMDULILLAH….hehe…syukur3.




P/S: bukan niat nak jeleskAN sape2 nah…saja nk berkongsi rasa dan bau….hee~~~ jangan maroh la yob!hehe

Wednesday, June 17, 2009

SENANDUNG AL-FATIHAH


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat


Assalamu'alaikum wbt....
post kali ni menyentuh tentang surah pertama dalam Al-Quran. Juga surah pertama aku diajar membaca dalam Muqaddam. Teringat waktu zaman sekolah menengah dahulu, ustazah dan ustaz selalu cakap, kalau nak khusyuk dalam solat...salah satu caranya ialah hafal makna ayat dalam surah tersebut.

5 tahun aku belajar bahasa Arab, tapi masih tak semua perkataan bahasa Arab aku tahu makna. Maklum lah bukan bahasa ibunda. Dari kecik tak diajar speaking Arab. hehe... Tapi sedikit sebanyak, belajar Bahasa Arab selama 5 tahun ni ade jugak manfaatnya. Walaupun dulu mase form 1..aku tak nak masuk aliran agama sebab risau semua orang dalam kelas duk speaking Arab je. Tapi atas dorongan ayah dan cikgu kat sekolah (Sek. Men. Keb. Tampin, Negeri Sembilan), aku masuk jugak kelas aliran agama. Dan, alhamdulillah Allah kurniakan aku kefahaman dan minat nak belajar bahasa Al-Quran ni. Lalu, aku pun sambung belajar Arab ni kat tingkatan 4 & 5 pulak. Rasa sayang nak tinggalkan. Bak kate orang bile dah kenal, baru jatuh cinta. ye tak?hehe

Berbalik pada tujuan asal post kali ni...aku cume nak berkongsi surah pembuka Al-Quran ni bersama maknanya sekali. Bagi sesiapa yang ada basic Arab, mungkin mudah untuk tahu terjemahan surah ni sekaligus menambahkan khusyuk dalam solat kita nanti. Walaupun tak semua surah dalam solat kita tahu makna...At least, surah Al-Fatihah yang kita akan baca setiap kali bangun untuk rakaat yang baru sudah memadai. Lebib baik ada sedikit dari tak ada langsung kan...moge usaha kita yang sedikit ni membuatkan kita lebih khusyuk dalam solat.

Tapi bagi sesiapa yang rasa sukar untuk menghafal atau menterjemahkan Arab ke Melayu....
di atas (tulisan biru) merupakan salah satu senikata lagu nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Nur Irsyad iaitu "SENANDUNG AL-FATIHAH". Kalau nak dengar lagu nye mungkin boleh taip je tajuk lagu tu kat yahoo ke google ke...
mungkin lebih mudah untuk mengingat. Sebab kebiasaannya, orang mudah mengingat sesuatu dari lagu. Lebih kerap kita dendangkan, lebih cepat pula lagu tu meniti di bibir. Lagu ni memang sangat memberi manfaat bagi sesiapa yang mengetahui. Wallahu'alam.


p/s: al-fatihah buat arwah wan ku yang tersayang - Siti Hadijah yang telah pergi menghadap Ilahi pada 29 nov 2008. Moga rohnya dicucuri rahmat dari Nya.....ameen....



Tuesday, June 16, 2009

Next station----> P.E.N.A.N.G


wah...kembaraku selepas ini akan naik ke utara lagi.... ingat kan dapat ke bahagian selatan sikit...ape-ape pun alhamdulillah. Ada hikmahnya tu bila tutor menetapkan aku akan berkhidmat and berpraktikal kat hospital pulau pinang. Macam-macam cerita aku dengar tentang hospital pulau pinang ni...nak tak nak aku harus ke depan..jangan pandang belakang. Mampu ke? huhuhu.... Harap-harap aku tabah lah kat sane kan...dan aku berharap agar di kurniakan dietician baik-baik macam kat hospital taiping ni. Baik in term of willing nak mengajar student yang kurang dan cetek ilmu pengetahuan ni...x marah-marah student. huhu...xbest nye kene marah....dan lagi x bestnye kalau ade perasaan yang x best kat tempat aku berpraktikal nanti. Nanti g keje pun rasa tension je.... harap dapat belajar banyak kat sane. INSYAALLAH.

permudah kan urusan ku Ya Allah.... Kau jua lah Yang Maha Mengetahui yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku... aku bertawakkal kepada Mu Ya Allah...amin2..

p/s: doakan aku ye kawan-kawan.baru lah tau rasa hidup berdagang di negeri orang macam mane. teringat pesan ayah. baru along faham...huhu

Thursday, June 11, 2009

MAMPUKAH AKU?


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Thursday, June 4, 2009

warkah hati seorang ibu...








Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

24 mei 2009----Tersentuh hati kecilku ini tatkala menjawab panggilan selepas maghrib dari ibu angkat ku yang selesa ku panggil mak sehingga kini…

minggu tu aku balik rumah mak kat sungai ara,batu kurau. Sebelum balik semula ke rumah sewa ku kat depan hospital taiping tu, mak tanya

“Minggu depan along datang, nak makan ape?”. Wah,soalan bab-bab makan ni memang jangan di tanya…lagi-lagi tanya kat orang yang kuat makan macam aku ni…hehehe..mak aku pun tau. Dua-dua mak- mak kandung ngan mak angkatku memang sedia maklum anak bertuahnya ini memang kuat makan…sebab tu badan ku kuat…hehe =P

“ha mak,laksa2!!!” dengan selamba je aku menjawab sambil tersengih macam kerang wangi…kih3.

Actually at that time, I’m just joking. Tapi sebetulnya memang teringin nak makan laksa…laksa mak batu kurau…yummy2!!!

Jadi panggilan mak selepas maghrib tu mak bagitau lepas hantar aku balik ke taiping, diorang balik rumah…ade orang hantar laksa. Mak cakap kalau aku balik lewat sikit petang tu konfem dapat rase laksa tu.Yang buat aku terharu,mak still ingat aku nak makan laksa…walaupun aku just bergurau je petang tu.

Dalam hati ku berkata…mungkin inilah sifat semulajadi seorang ibu. Yang menginginkan kehendak atau impian anaknya tercapai walau dengan apa cara sekali pun. Aku sudah dianggap seperti anak sendiri. Memang tak ternilai kasih yang mak angkat ku curahkan untuk ku..sama seperti ibu sendiri. Saling tak tumpah..alhamdulillah atas kurniaan Mu Ya Allah…(^_^)

Berbalik semula kepada panggilan mak malam tu, mak kata mak tengah tulis sesuatu untuk aku…..dia kata nak bagi aku nanti. Lantas aku teringat, aku pernah nak tengok tulisan jawi mak. Sebab tulisan jawi mak sangat cantik. Tanpa berfikir panjang, aku membalas…

“nanti mak bagi kat along tau minggu depan,along nak tengok ” kata ku sambil membayangkan tulisan khat yang biase orang masuk bertanding tu.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

29 mei 2009 (jumaat): Abah dan adik angkat ku amik kitorang (aku dan kawanku) petang tu lepas aku balik keje….our destination√†kg Sg. Ara, Batu Kurau. Best bile weekend dapat balik rumah keluarga angkat yang aku dah anggap macam keluarga sendiri. Sebelum sampai rumah, abah singgah kat simpang Jelai. Tau ade ape kat situ? Ha…ape die? Ye betul, tepat sekali! Kedai makan CHAR KUEY TIOW…kedai yang abah pernah cakap masa aku ikut program anak angkat kat batu kurau tahun 2007 dulu. Ya..i’m back! I’m back to eat here! Hehehe yang pasti murah RM 2.50 sepinggan, dan paling best ialah abah belanja.. =D (THANX ABAH!!)

Sampai je rumah batu kurau…azan pun berkumandang menandakan telah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Batu Kurau dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. (macam pernah dengar ayat neyh..hehe). Maka, pakej pengurusan diri: mandi + solat di laksanakan. Alhamdulillah…selesai sudah,aku pun duduk di meja makan. Temankan mak makan…aku dah kenyang makan char kuey tiow. Ikut hati memang nk makan asam pedas ikan tu…tapi bile ikut perut..haha..faham2 sendiri lah. Satu perut maa….hehe

Dah makan-makan tu…mak pun tunjukkan buku yang mana di dalam tu lah mak meluahkan perasaannya tatkala dia merindui aku. Tulisan jawi. Cantik. Masa tu aku baca sikit-sikit je…tak sampai habis lagi. Sebab dalam masa yang sama mak duduk bercerita kisah dia masuk pertandingan membuat khat daripada manik-manik. Kagum aku jadinya…

But the point is the content of the piece of paper…terharu aku tatkala membacanya. Sedih pun ada. Terbayang aku hari last aku di taiping nanti…tak sanggup rasanya melalui detik perpisahan. Betul lah kata orang,pertemuan itu sesuatu yang indah, namun perpisahan itu ada peritnya. Semoga aku tabah melalui saat itu. Akan aku simpan kertas ni baik-baik. Aku coretkan juga di sini agar aku rasa sentiasa dekat dengan pesanannya…

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan Mu ini…

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH….

TERIMALAH INI SEDIKIT KATA YANG LAHIR DARI HATI SEORANG IBU UNTUK TATAPAN ANAK ANGKATKU YANG DISAYANGI DAN DIKASIHI…

JIKA SEKIRANYA ENGKAU WAHAI ANAKKU JAUH DARI SISIKU SUDILAH APA KIRANYA ENGKAU TINGGALKAN SEDIKIT KASIH SAYANG MU PADA IBUMU INI SEBAGAI PENGGANTI DIRI MU YANG JAUH. DAN JIKA ENGKAU SUDAH BERJAYA KELAK, JANGAN LUPA AKAN IBU MU INI.

DAN LAGI JIKA SEKIRANYA ENGKAU BERADA DI TEMPAT ORANG KELAK SEMASA ENGKAU MENJALANI TUGAS, JADILAH SEORANG INSAN YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI. JANGANLAH ENGKAU MENJADI SEORANG INSAN YANG DIBENCI OLEH MASYARAKAT YANG BERADA DI SEKELILING MU. BERBUAT BAIKLAH KEPADA SEMUA ORANG, JANGAN SEKALI ENGKAU BERBUAT JAHAT. KELAK DIRI MU AKAN DISAYANGI SEMUA ORANG.

DAN KEPADA MU JUA ANAKKU, AKU POHON JANGANLAH ENGKAU LUPA…BERILAH KASIH SAYANG PADA KEDUA IBU DAN BAPA MU SEMASA HAYATNYA MASIH ADA.

-MAK SUNGAI ARA,BATU KURAU PERAK-

29 MEI 2009

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

akhir kalam...assalam'alaykum

Followers

Rapuh-Opick