
Ya..special momento...
byk perkara boleh aku ungkapkan tentang 'Special Momento' untuk ku 2 hari (30 Ogos & 31 Ogos 2009) yang lalu.
30 Ogos 2009
1st mOmenTo.....
Sahabat baik+ kawan lamaku (Izyati) di SMKT (Tampin) mengajak ku untuk berjumpa. Gembira hati ini. Memandangkan dia di USM Penang dan aku pula memang di Penang...aku terima pelawaannya dengan hati terbuka. Tambahan pula kami memang sudah lama tidak ketemu. Inilah masanya. Dan dalam masa yang sama, ajakannya mengajak ku berjalan-jalan ke Bukit Mertajam bukan lah jalan-jalan biasa. Jalan-jalan yang penuh makna dalam memperbaharui silaturrahim sedia ada antara kami dan membina ukhuwah baru sesama saudara Islam terutama sekali dengan sahabat-sahabat USM yang tidak ku kenali. Mulanya diri ini agak risau tentang penampilan diri yang agak biasa jika nak dibandingkan dengan mereka, namun aku cuba husnuzzon (bersangka baik) dan kuatkan diri bahawa malu itu bertempat. Asalkan niat baik, Allah akan tunjukkan jalan. Begitu fikirku.
Perjalanan kami ke Institut al-Qayyim (IQ) Bukit Mertajam di permudahkan. Bercerita sepanjang perjalanan memang tak membosankan. Tapi pelik kerana kali ini aku lebih banyak berbicara jika nak dibandingkan aku bersama kawan yang lain. Kerana aku memang agak pendiam. Hehe..Penat si Yati melayan bicara ku. Bicara sambil diselang-selikan dengan gelak tawa yag ceria. Namun, sempat juga aku mengerling ke arah langit dan terlihat pelangi menampakkan dirinya senja itu tatkala kami melintasi Jambatan Pulau Pinang. Subhanallah.
Alhamdulillah..cuma terlewat sikit petang tu, azan Maghrib dah pun berkumandang. Tiada bekalan yang dibawa. Lupa juga sebenarnya, tapi takpe hanya ketinggalan 5 minit sahaja.
2nd moMenTo....
Mengimarahkan bulan Ramadhan bersama-sama kenalan baru merupakan saat manis yang akan aku kenang. Walaupun hanya untuk satu malam, namun ia sudah cukup membuatkan aku mengenangkan kembali zaman persekolahan ketika di asrama. Berbuka berjemaah, solat berjemaah, solat terawih berjemaah,ditambah pula dengan tazkirah dan ada sesi ta'aruf selepas itu. Aku rindukan suasana seperti itu. Teringat kawan-kawan seperjuangan dan adik-adik dorm Ibnu Sina...betapa cepat masa berlalu. Sesi ta'aruf bersama hampir semuanya dari USM, cuma aku yang ganjil di situ. Hehe..UPM mari. Apa pun kedatangan aku di situ di sambut dengan baik. Alhamdulillah. Setiap seorang ku perhatikan satu persatu, alangkah sejuk perut ibu mengandung melihat anak mereka di situ. Moga istiqamah!
31 Ogos 2009
3rd momento....
Pertemuan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin tidak pernah ku jangka. Momento yang begitu berharga apabila dapat bertemu dan menuntut ilmu dengan beliau.Keesokan paginya, selepas bersahur bersama, solat Subuh bersama, kami bergerak ke rumah Ustaz Asri Zainal Abidin. (Bersebelahan dengan Institut al-Qayyim tersebut). Redup dan sejuk isi rumahnya. Dengan pelbagai kitab ilmu bermacam bidang tersusun rapi di rak. Aku impikan rumah seperti itu. Pengisian pagi itu sangat santai dengan beberapa topik dibicarakan oleh beliau. Sebelum ini pernah juga aku membaca penulisan beliau, tetapi mungkin dek cetek ilmu kadangkala aku tidak berapa mendalaminya. Tetapi, apabila berdepan dengan Ustaz dan mendengar butir bicaranya satu per satu, sedikit demi sedikit kemusykilan yang aku pendam dulu di rungkai satu per satu. Bahasanya mudah difahami dan terus masuk ke hati. Alhamdulillah...soalan demi soalan di ajukan oleh mereka yang ingin bertanyakan pendapat, tidak kurang juga yang bertanyakan tentang kemusykilan, sehingga baru aku tahu permasalahan yang melanda umat ini. Masih jahil diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka. Moga ditunjukkan jalan buat hamba Mu ini Ya Allah....
ALHAMDULILLAH....31 Ogos 2009 memberi aku satu kenangan dan pengisian yang sungguh bermakna di sebalik tarikh bersejarah itu. Andai belum merdeka, bebaskah untuk melakukan sesuatu yang kita mahu? Oleh itu... Bersyukur lah dengan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. Alhamdulillah.
SALAM KEMERDEKAAN & SALAM SATU MALAYSIA!
p/s: salam perkenalan wat rakan-rakan dari USM di IQ, Bkt Mertajam. Ukhuwah fillah. Dapat gelaran dari sorang adik ni--> akak diet.hehe...
Tuesday, September 1, 2009
special momento
Posted by baLQis Zafira at 7:27 AM 5 comments
Sunday, August 23, 2009
di mana hati dan fikir ku kala ini?
sejak akhir-akhir ni...
atau hari ini khususnya....
fikiran ku serabut...
kusut...
tak tahu apa yang melanda minda ni sekarang....huhu
lepas satu...satu lagi...
bagai tak putus-putus ujian datang....
apakah itu benar-benar ujian untuk ku?
mahu menguji tahap mana kesabaranku?
aku juga tidak mengerti....
aku mengharapkan Ramadan kali ni memberi aku seribu satu erti dan makna dalam meredah dunia ini dengan penuh hikmah dan sabar...
hingga aku lelah untuk menjalaninya....
ampunkan aku Ya Allah....
hamba Mu ini sering mengeluh....
sesungguhnya aku mengharapkan redha Mu Ya Allah....
berikan aku kekuatan qalbu dan fikrah ini dalam menghadapi segala ujian yang Kau berikan buatku ini...
astaghfirullahal'azim.....
Posted by baLQis Zafira at 10:14 PM 0 comments
Monday, August 17, 2009
WALAU MALU TETAP MEMINTA SYURGA
Entah kenapa malam itu tempat itu lapang sekali.Tiada kesibukan, kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma. Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan Al-Quran bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.
Aku masuk ke dalam taman itu bagai sandera yang pasrah. Ku bawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. Aku tidak mahu dan tidak mahu berpura-pura lagi. Inilah diriku wahai ILAHI….Tidak punya kesucian, tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan noda. Tanpa dapat berselindung, KAU Maha Tahu segala.
Mengapa takdirnya aku ke sini? Ke daerah suci di bayu syurga. Dingin, nyaman dan tenang, istirehat seketika di jalan mujahadahku yang derita. Bukan kerana kebaikanku, tetapi kerana kasih saying-Mu,yang membawa aku di sini. Kau izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita. Benar kata-Mu seperti yang ku dengar sejak dulu, keampunan-Mu sentiasa mendahului murka-Mu.
Kucecahkan dahi di hamparan hijau itu. Seakan ku tuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Ku nafikan licik dan strategi segala yang pernah berdetik di minda ini. Fikrah inilah yang mencipta dosa demi dosa. Sesah akal ini ya Allah, palu akal ini ya Rahman, dengan belantan inzar dan tazkirah-Mu. Tuhan, kembalikanlah biduk akalku ke pangkalan takdir-Mu. Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.
Sujud dan rukuk aku di sana. Menelanjangi segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu, Kau pun tahu. Namun, itulah wadah tanda menyerah, aku “Abdullah”…aku hamba Allah. Aku pasrah. Aku kalah. Cintaku sekelumit cuma,hampir tiada. Saat ini aku hanya berbekal harapan. Benteng terakhirku hanya rasa tidak berputus asa. Kata kekasih-kekasih-Mu selalu memujuk aku: Kejahatan yang menyebabkan engkau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.
Dalam rasa malu, takut dan harap, masih aku memberanikan diri untuk meminta lagi. Lalu di malam itu, di Raudah itu, ku catatkan gugusan permintaan. Satu demi satu melalui puisi hati. Ku biarkan pena menari,mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu walaupun malu, aku tetap meminta syurga.pendahulu bicara hanya ini:
Ya Latif, Berikan aku hati yang lain Yakni hati yang lebih yakin
Hati yang lunak ….agar mampu mencintai-MU
Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapatku luahkan segala dan semua. Seakan tercabut “tulang” yang mengait dalam sanubari sekian lama. Namun tiba jua saat berpisah, aku terpaksa melangkah. Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu. Sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu:
Aku dambakan kebaikan....
yang melahirkan kebaikan
aku pohon ketenangan …yang memberikan ketenangan.
Pinggirkan segala sengketa hampirkan semua cinta
tanpadendam… tanpa prasangka
Jika benar yang kau ajukan permintaan di Raudah itu…hanya ALLAH!
Petikan artikel dari segmen MUHASABAH ANIS (Ogos 2009)
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
P/S:Tatapan khas buat diri ku dan juga kawan-kawan sekalian….moga ada hikmah dan iktibar yang dapat kita ambil dari petikan yang sangat menyentuh sanubari ini bagi sesiapa yang mengetahui.
16 Ogos 2009 (1.47 am)
Posted by baLQis Zafira at 2:54 AM 0 comments
PERGI TAK KEMBALI…………
bismillahirrahmanirrahim....
Tersentak aku tatkala mendengar berita yang sangat mengejutkan pagi Khamis lepas, 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430H…
Diberitahu bahawa Ustaz Asri Rabbani pergi meninggalkan dunia ni untuk selama-lamanya. Tak percaya dengan apa yang aku dengar pada mulanya, buat aku bertanya untuk kali kedua kepada si penyampai berita.aku betul-betul terkejut…sakit jantung puncanya…tapi nampak sihat je..dalam hati ku terdetik.
INNALILLAH WA INNA ILAIHI RAJI’UNNN…
sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.
Lantas aku bawa diri ini kembali ke alam nyata…walaupun pahit untuk di dengar, namun hakikatnya pemergian Ustaz Asri mem buat diri ini terasa sayu dan sebak. Sedih. Tidak ku tahu mengapa perasaan ni sangat galau dengan pemergian arwah.
Mungkin aku begitu emosi kerana nasyid adalah minatku. Jadi apa yang berkaitan dengan industri nasyid ni aku lebih cepat terasa.
Teringat zaman di kolej dulu, zikir-zikir yang didendangkan arwah begitu mendayu-dayu di corong radio IKIM.. menemani ku saban tengah malam. Begitu asyik sekali dan kadang meruntun jiwa yang kerdil ini. Dulu mungkin tidak terasa kehadirannya, namun kehilangan nya lebih di rasai.
Aku pasti rindukan dakwah-dakwah arwah melalui lagu-lagu yang di sampaikannya...
melalui zikir-zikir yang dialunkannya….tenang dan penuh keserhanaan.
Bukan untuk memuji dan memuja berlebih-lebihan, namun aku cuba menyampaikan hasrat hati ku di atas pemergiannya….(jangan salah faham ye)
Saat ini, aku lantas memutarkan lagu-lagu Rabbani di komputer riba ku. Lagu Pergi Tak Kembali mengakhiri list lagu ku malam ini….
MOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT DARI YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.
DIGOLONGKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.
AMIN..AMIN..AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN……
~balqis zafira~
SJ Dynamic Flat, Georgetown, Pulau Pinang, Msia
12.02 am-14 Ogos 2009
Posted by baLQis Zafira at 2:38 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
ALERT!!!
ATTENTION PLEASE!!!
KEEP PRACTICE THESE 2 BASIC THINGS TO KEEP YOU AWAY FROM H1N1 VIRUS
INSYA~ALLAH
THANX..HEHE
Posted by baLQis Zafira at 12:40 AM 0 comments
Monday, August 10, 2009
setelah sekian lame..hehe
bismillahirrahmanirrahim~
assalamu'alaikum my fwenss...hehe (^_^)
windunye.....dah lame x menulis dan x meluahkan perasaan yang terbuku di hati kat blog kesayangan aku neyh...
semenjak 2 menjak ni, aku tak sempat nak melepak2 dengan internet macam kat Taiping dulu..(padan muke aku..hehe)...
sekarang kat Penang lain pulok ceghitenye.... hari-hari busy...bukan busy g wad sangat.
Busy ngan kerja-kerja management...huhu...
dengan segale task yang masih pending...
keje yang ditokok tambah dari sehari ke sehari...
dengan kesuntukan mase....
bukan nak mengeluh..tapi nak merelease kan tension yang bertakhta di hati.. (cewaaahh ayat..hehe)
minggu ni masuk minggu ke 5 aku praktikal kat hospital PULAU PINANG
4 more weeks to go....
but still d outcome is not really clear....BLUUURRR...huhuhu...
(korang mesti x paham kan?)
tapi bagi kawan-kawan cosmate ku...mgkin ade yang paham situasi kami di sini
xpe la..biarlah RAHSIA kan...hehe
aku sorang susah xpe lorr...
tak pasal2 pulak korang kene paham situasi rumit aku ni..hehe
actually banyak jugak bende aku belajar kat sini...
tak sangat untuk management pesakit dalam wad...
tapi sesuatu yang baru...
BARU??hehe
bukan baru ape...
just bila kat sini aku lebih kritikal untuk memahami personaliti orang-orang kat sekeliling... huhuhu....
memang banyak bermain dengan emosi.....
cume kekuatan dan kesabaran yang tinggi yang mampu bawa aku ke tahap yang orang kate agak kebal..hehe
kebal dengan apa jua gelora yang datang....INSYA ALLAH....
k la...cite dah macam cite novel plak..haha...
actually aku nak bawak cite2 yang best time aku kat Penang ni...
maklum la orang merantau kan....kikiki
tapi nanti sat la nah...
lain posting plak...kalau ade kesempatan...insyaAllah...
TAHNIAH DAN SELAMAT BERGRADUAT WAT KENGKAWAN KU YANG BAKAL dan DAH PUN BERKONVO MUSIM NI...hehehehe
USAHA korang akhirnye sampai ke kemuncak nye.....
cOngRATZ lagi sekali....dapat keje belanje aku eh..hihi
DAN doakan kawan-kawan kome yang masih lagi bertarung di MEDAN PERJUANGAN yang penuh ranjau ni (bukan medan selera eh..haha)
Posted by baLQis Zafira at 9:53 PM 0 comments
Thursday, July 2, 2009
selembar bulu mata....
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,
"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."
Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat.
"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."
P/S: Artikel ini dipetik dari karya I LUVISLAM.com. Moge dapat jadi iktibar utk diri sendiri dan kawan-kawan semua....insyaAllah...
Posted by baLQis Zafira at 12:24 AM 0 comments









