here's my 1st post....hehe....
actually dah lame mengidam nk ade blog sendiri...mcm kwn2 yg lain..
best je tgk ayat2 puitis diorg...ade yg sempoi pun sempoi....
tp nk wat ayt bunge2 tu makan mase kut sket..hehe...
jadi just trying to be myself...(ntah betui ka dak grammar neyh..??hehe)
utk first posting nie...biase la kan..
masih baru lg..jadi idea pon xde sgt...
just nk tulis kenape "BALQIS ZAFIRA"..
hehee...
kwn2 yg konal den tau la name aku xde balqis pun...
hehe...
tp aku suka abadikan name ni kt name sendiri...
ape sebabnye????why??
hehe..actually aku suke sangat name balqis ni...
smpai name anak pon nnti aku nk letak name balqis (wa..bile la tu nk ade anak sendiri??heh3)
bermulanye minat kt name BALQIS ni mase kt skolah JETS (Jempol Integration School..wahh kemain name..=D)
ade junior ak ni dlu name balqis..sopan je budaknye...
pastu aku pun stat la meng"explore" name balqis ni...
rase damai je sebut..tenang...seolah2 mcm ade aura name ni kat aku...
maka dengan itu..aku pun dgn suka hati nye menggabungkan name Balqis Zafira..hehe..
best jgk kan...(^_^)
lagi satu kisah Ratu Balqis pun ade dalam kisah nabi Sulaiman...kt sini aku letakkan skali kisah ratu Balqis..sape yg berminat leh teruskan pembacaan.. (^_^)
~RatU BaLQIS tunduk kepada Nabi Sulaiman~
Selesai membangunkan baitulmaqdis, nabi sulaiman menuju ke yaman. tiba di sana,
disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. tetapi burung
berkenaan tidak ada ketika dipanggil.
ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan sulaiman. selepas itu burung hudhud
datang kepada nabi sulaiman dan berkata: aku telah terbang untuk mengintip
dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan...
firman allah, bermaksud: maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia
berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa
kepadamu dari negeri saba suatu berita penting yang diyakini.
sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia
dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. aku mendapati
dia dan kaumnya menyembah matahari, selain allah...
mendengar berita itu, nabi sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya
menyembah allah kepada ratu balqis. surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima
sendiri ratu balqis.
selepas dibaca surat itu, ratu balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada
sulaiman. dalam al-quran diceritakan: tatkala utusan itu sampai kepada nabi
sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?
sesungguhnya apa yang diberikan allah kepadaku lebih baik daripada apa yang
diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.
kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera
yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri
itu (saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga.
utusan itu kembali ke negeri saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di
yaman kepada ratu balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan
sulaiman.
keinginan ratu balqis itu diketahui nabi sulaiman terlebih dulu dan beliau
memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat
persiapan bagi menyambut kedatangan ratu balqis.
nabi sulaiman juga memerintahkan ifrit supaya membawa singgahsana ratu balqis ke
istananya. apabila ratu balqis tiba ditanya sulaiman: seperti inikah
singgahsanamu? dijawab ratu balqis: ya, memang sama apa yang seperti
singgahsanaku?
kemudian ratu balqis dipersilakan masuk ke istana nabi sulaiman. namun, ketika
berjalan di istana itu, sekali lagi ratu balqis terpedaya, kerana menyangka air
pada lantai istana sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
firman allah yang bermaksud: dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. maka
tatkala dia (ratu balqis) melihat lantai istana itu,
dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.
berkatalah sulaiman; sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca.
berkatalah balqis; ya tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap
diriku dan aku berserah diri bersama sulaiman dan kepada allah, tuhan semesta
alam.
peristiwa itu menyebabkan ratu balqis berasa sangat aib dan menyedari
kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya
dia diperisterikan oleh nabi sulaiman.
demikian kisah sulaiman dengan tenteranya terdiri daripada manusia, haiwan dan jin
dalam menjalankan dakwah allah terhadap ratu balqis. kematian beliau berlainan
dengan manusia biasa.
nabi sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil
mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.
firman allah: tatkala kami telah menetapkan kematian sulaiman, tidak ada yang
menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai
yang memakan tongkatnya.
maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka
mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang
menghinakan. SEKIAN.....
5 comments:
assalamu'alaykum~
wah, akhirnya dia dah ada blog lah..taniah2 hehe...
eppy blogging kay~
letak shoutbox...boleh chit chat
salam ziyaarah
(^_^)
waaa... dah ade blog sndiri... bgus2 truskn....
wa'alaykumussalam humayra' n zoro (sape ni eh) hehe...
by the way..thanx for support...
bukn reti sgt nulih pun..hehe...
sy budak baru blaja..kikiki
fuiyoooooooo....
rajin ko menaip2..
hahaha...
wat praktikal leklok..
hehe
hehe..okai..thanx my fwen..
xde la rajin pon...
time aku ade idea je rajen..hehe =P
Post a Comment