BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 5, 2009

[__ JomHeboh yang bermakna __]


Assalamu'alaikum wbt.

Hari ini hari Sabtu. Sabtu pertama ku di kolej. Memandangkan keboringan bakal melanda, aku dan teman serumah ku merancang untuk keluar berjalan-jalan. Kebetulan pula, minggu ni ade Karnival JomHeboh kat Stadium Bukit Jalil.

So we decide to go there since we never been there before. ( cewah..ayat =D)

Dalam pukul 10 pagi, sampai lah kami dengan selamatnya di perkarangan stadium tersebut. Nampaklah oleh kami akan jutaan khemah-khemah putih yang besar.(hiperbola..hehe)
Waktu ni x ramai orang lagi... sebab nya baru je pukul 10. Booth-booth pun banyak yang baru nak setup.

Kire kalau orang 1st time cam aku ni g, pada aku Jomheboh ni cam pasar malam je..cume nye pasar malam yang di upgrade..haha. Mane tak nya, semua booth adelah jenama makanan atau produk, rancangan TV, stesen radio dan media cetak. Bukan calan-calang nye pasar malam tau.. (^_^)

Jalan punya jalan punya jalan, merata-rata promoter booth. Waduh-waduh ni lah yang aku paling lemah sekali. Kene pandai deal dgn depa nih, kalo tak kecik hati kang aku x beli barang-barang depa. So just lift a bit ur hand sebagai tande hormat and smile. Dialog yang banyak aku gune hari ni===>

"Ooo xpe2....terima kasih!" hehe

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dalam duk jalan-jalan tu, terberhenti sat kat booth Kota Ilmu. Adela signboard besar Al-Kuliyyah kat dalam booth tu. Ingat kan Al-Kuliyyah dah start. Tapi yang pelik ahli panel xde.
Tapi ade seorang lelaki tengah menanyakan soalan kat orang-orang yang duduk dalam booth tu.
Soalannya berbunyi begini:

" Siapa yang dah kahwin, angkat tangan!"
"Siapa yang belum kahwin, Siapa yang nak kahwin, Siapa yang xnak kahwin?"

Aishh..macam menarik je. KAHWIN??? hehe

So, aku, farahin dan beberapa orang yang berada di luar booth pun menapak perlahan-lahan ke dalam setelah dijemput masuk...hehe..( segannye semua orang pandang..=P)

Setelah duduk seketika, baru lah aku tahu topik nye pagi ni ialah "CARA MENDIDIK ANAK".
Patut pun semua yang kat dalam ni mak-mak, bapak-bapak, dan anak-anak kecil. Tapi xpe, ilmu kan x kire usia. Even den takdo anak pun, leh yo dongar.hehehe untuk masa depan. (^_^)

By the time, ceramah motivasi pagi ni menarik jugak walaupun aku tak kenal penceramahnya. En Bakhtiar Fitri Abd. Hamid, Perunding utama & Penceramah Konsultan NADI ILMU Training Management yang berpengalaman selama 10 tahun. Hebat jugak tu. Tapi ni lah first time attend ceramah die.

Macam pagi ni, ceramah bukan setakat ceramah semate-mate. Beliau ajarkan dan ketengahkan cara mendidik anak dalam bentuk yang mudah di fahami. Bahasa yang santai. Anak-anak kecik pun senang paham.

Satu contoh yang beliau gunekan untuk sampaikan mesej dalam cara mendidik anak ni melalui satu permainan.
"Permainan buat sampan gune kertas" (Kertas di bekalkan)
Lame dah aku tak buat origami sampan ni.

Kami diminta membuat sampan sebanyak 3 kali dengan menggunakan kertas yang sama sambil masa dicatatkan. Maknanya, diorang nak cari pemenang. Siapa cepat, dapat hadiah! Tapi bukan tu objektif asal sebenarnya.

Kami juga diminta membantu sesame sendiri. Kalau dah siap, tengok kawan-kawan sebelah yang tak siap lagi. Bantu die sampai siap. Sebelah kanan aku, ade seorang adik lelaki ni die buat sampan asyik tak lepas je jadik sampan. Aku pun tolong adik ni, kirenye ketiga-tiga kali sampan adik tu aku yang siapkan untuk die. =) (Takpe dik,cube lagi tahun depan..hehe)

Macam sebelum tadi aku dah mention yang hadiah bukan objektif asal permainan ni. Mesti ade bende tersirat yang penceramah ni cube sampaikan.

"Mendidik anak adalah dengan mengajar, mengingatkan dan membuatnya berulang-berulang supaye anak tadi dengan harapan akan membuat dan mengikut seperti yang di ajarkan."
Ajarkan perkara-perkara yang baik, perkara yang molek untuk kebaikan anak itu kelak.

Sama juga macam permainan buat sampan tadi. Semakin kita buat sampan yang sama, semakin cepat kita ambil mase untuk siapkan sampan tadi.

Kerana Apa????

Kerana kesan lipatannya sudah ada,
Kerana kita sudah ingat stepnya dan juga
kerana kita sudah simpan memori step buat sampan tu dalam long term memory kite.

Maka dalam erti kata yang lain, anak akan ingat dan tiru apa yang di ajarkan olehnya selagi mana perbuatan itu diulang-ulang.

Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang ingin dikongsikan, tapi tu salah satu cara yag paling mudah untuk didik anak kita.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sampan pun dah siap, nyanyi lagu lima cinta pun sudah, then ade persembahan dari Kumpulan Nasyid Amra'in. Yang best nye ade kuiz. Kuiz teka tajuk lagu medley dari kumpulan nasyid yang pertama sekali di Malaysia.
Mase diorang buat persembahan tu, aku pun ikut nyanyi sekali (perlahan-lahan) sambil mencatatkan tajuk lagu yang dinyanyikan. hehe...
Teruja nak menang hadiah buku. =D

Lepas lagu dah abis, soalan pun ditanya. Tak sempat soalan habis, aku dah angkat tangan.
ALHAMDULILLAH..rezeki aku.
Betul sokmo jawapan ambo, maka buku itu pon bertukar tangan. akhirnye jadi milik ku...hehe...
( berani jugak aku ni eh kadang-kadang..hahaha)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ape pun , syukur sangat sebab berpeluang hadir dan dengar majlis ilmu walaupun satu jam setengah. Berbaloi jugak datang ke JomHeboh hari ni. Tak sia-sia. At least ade pengisian yang terisi ketika waktu senggang begini..cewahh...hehe

p/s: thanx pain jalan-jalan ngan daku. hehe...

2 comments:

Unknown said...

salam. thanks alot dtg dgr perbincangan di kota ilmu. boleh syer ilmu bersama saya dalam www.nadiilmu.blogspot.com. ajak kawan2 sekali.

bakhtiar fitri abdul hamid
nadi ilmu training management

baLQis Zafira said...

wa'alaikumussalam ustaz...thanx jugak kt ustaz ats perkongsian ilmu hari tu..menarik jugak..hehe
by the way..tak sangke ustaz lawat blog sy..hehe
INSYAALLAH...sy pon ilmu xbyk mane,tp akn cube pertingkatkan dr mase ke mase.syukran ustaz =)

Followers

Rapuh-Opick