Dua konsep timbal-balik yang cukup mudah. Meminta maaf dan memberi maaf. Kalau dilihat dari sudut saintifik yang seakan-akannya mungkin sahaja membawa kepada mutualism.
MUTUALISM??? Jom kita selak sebentar kamus saintifik.
Mutualisme is a relationship in which both the organisms benefit from it.
Terjemahannya ialah suatu hubungan di mana kedua-dua organisma mendapat faedah daripada hubungan itu.
Wah…kedengarannya begitu mudah, bukan? Tapi bukan istilah saintifik ini yang ingin diselami cuma sekadar mendatangkan idea baru yang seakan-akan mudah untuk kita lihat betapa sudut meminta dan memberi maaf adalah konsep yang cukup mudah untuk disebandingkan dengan hubungan mutualism ini.
Pasti antara kita banyak silap dan salahnya kepada makhluk. Ya! Kerana kita ini manusia yang tidak sempurna sifatnya. Secara langsung atau tidak langsung, secara nawaitu ataupun tidak sememangnya manusia sifatnya tidak lepas dari kesalahan dan kekhilafan. Ibarat pepatah Melayu pernah menyebut bumi mana tidak ditimpa hujan begitu jualah insan yang tidak luput dek tersalah kata dan tingkah. Dalam nyata mahupun tersembunyi, yang tersurat bahkan tersirat kadang tidak kita sedari sebenarnya mungkin kita telah menyinggung mahupun mengguris rasa orang-orang disekeliling kita. Kepada ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai, kawan sekerja, orang tersayang malah kepada insan yang tidak pernah dikenali. Ya, semua…semua di sekeliling kita, yang tercipta interaksi antara kita dengan mereka.
Jika sedar, alangkah syukurnya kerana tahu kita bersalah dan peluang memohon maaf itu wujud. Jika tidak sedar, alangkah ruginya kerana semakin tidak sedar, semakin bertimbun kata maaf yang tidak terucapkan. Malah, tanpa sedar lagi hati begitu teruja mengulangi kesilapan dan kesalahan yang telah dianggap satu kebiasaan. Na’uzubillah. Namun, sebaliknya syukur kiranya kita telah dimaafkan tanpa sedar kita tahu kesilapan kita. Kredit kepada si pemberi maaf yakni kepada sesiapa yang mudah memaafkan…!
Berbalik kepada tajuk entri ini, sememangnya perbuatan meminta maaf dan memberi maaf itu membawa kepada mutualisme-faedah untuk kedua-dua pihak yang terlibat. Mana tidaknya, yang meminta maaf dan yang memberi maaf sama-sama menundukkan ego, merendahkan hati mengakui kesilapan dan berlapang dada me’neutral’kan rasa ke arah keseimbangan hubungan. Al-hasil, dengan izin-Nya kedua-dua pihak belajar sesuatu dari ketidakseimbangan yang terjadi. Mudah-mudahan.
Andai hati masih resah, jiwa masih kacau, nubari masih terganggu dek kesalahan dan kesilapan yang disedari mahupun tidak….kembalilah kepada fitrah. Fitrah yang sukakan kebaikan dan kedamaian. Leraikan rasa yang membelenggu dengan koreksi diri menyelami silap dan salah kita kepada makhluk (manusia) dan memaafkan kesalahan manusia pada kita. Teringat kata-kata motivasi seorang pakar motivasi terkenal, tips yag sampai kini melekat dalam kotak minda…”Maafkan semua orang sebelum tidur.” Mudah-mudahan cas-cas kebaikan yang kita hadirkan akan menarik lebih banyak cas-cas kebaikan untuk diri kita. InsyaAllah.
-saya maafkan kamu, kamu maafkan saya juga ye (mutualisme achieved!)- (^_^)
Balqiszafira87
Teratak hati gunung mas, tampin
19 Oct 2010
Teratak hati gunung mas, tampin
19 Oct 2010
2 comments:
Sifat matang itu baik sekali. Saya lebih sukakan matang dari "mutual" kerana hubungan timbal balik [ minta maaf & di maafi ] ini hanya dapat di kecapi jika kedua-dua pihak bersifat matang dan faham akan tuntutan ini dan tuntutan ini itu bukanlah hanya dalam ruang lingkup memaafkan dan di maafi namun praktikal dalam banyak perkara.
alhamdulillah Pei Pan sbb sudi mbace karangan yang tidak sberapa ni. sy juga setuju dgn Pei Pan..konsep matang tu sahaja yang mmpu buat pengamalnya memaafkan dan memberi maaf. konsep mutual ini hanya akn terjadi setelah kedua-dua insan tadi saling mmberi maaf dan memaafkan...kerana kedua-duanya akn dpt manfaat.wallahu'alam
Post a Comment