BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, May 13, 2010

Baik yang Terbaik...?


"Orang yang baik pun belum tentu boleh jadi yang terbaik".
Kata seorang hamba Allah.

Kata-kata yang mulanya tidak difahami untuk seketika waktu.
Penjelasan diminta.

"Orang yang baik tak semestinya dapat jadi yang terbaik".
Diulangi nya lagi tetapi dalam susunan kata yang berbeda.

Otak ku mula ligat memproses idea penafsiran. Mungkin sedikit pemahaman. 20% barangkali.

Hamba Allah meneruskan bicaranya lagi.

"Terbaik dalam mencapai apa yang diingini. Tak semua apa yang kita nak kita akan dapat walau baik sekali mana pun kita. Terbaik dari semua segi. Tidak ada yang sempurna di dunia ni..."

Aku cukup mengerti setelah itu. Benar katanya itu. Secebis motivasi terselit di situ walaupun tidak 'direct'. Mungkin kita telah berusaha menjadi sebaik mungkin, tapi ungkapan baik adalah subjektif. Boleh jadi berbagai tafsiran datang dari perkataan "baik".

Ada orang baiknya begini, ada yang baiknya begitu. Terpulang kepada penilaian seseorang.


Namun bicaranya di sini adalah ingin mengingatkan diri sendiri dan kalian. Hidup tidak semestinya indah sentiasa. Pasti ada pasang surut umpama laut. Itu salah satu ciptaan alam yang mengajar manusia tentang kehidupan. Walaupun tidak dapat menjadi yang terbaik dalam semua perkara, tetapi ingat lah bahawasanya kita boleh berusaha menjadi yang terbaik dalam setiap kebaikan yang kita lakukan. Istiqamah atas perkara kebaikan walaupun sedikit. Mudah-mudahan di beri ganjaran oleh-Nya.



p/s: Buat si hamba Allah, Syukran atas nasihat yang sedikit ini, hati ini sangat terkesan dengannya. Moga hidayah Allah sentiasa bersamamu...InsyaAllah....

Monday, May 10, 2010

Di sebalik P.E.N.S.I.L

Ahad. 9 Mei 2010.Hari pertama di rumah setelah berakhirnya kehidupan di kampus.

Petang ini, Pesona 3 di TV3 memaparkan cerita “Pensil”. Dengan tidak semena-mena cerita ini telah menarik perhatianku untuk melekat di kaca TV selama 2 jam. Lagu intro nya sahaja telah membuat hatiku agak rawan. Tidak pasti. Mungkin kerna liriknya yang beberapa kerat itu.

Kisah ini menceritakan seorang anak istimewa, Badrul yang digelar budak gelap di kampungnya. Sangat sayangkan ibunya.Cacat dan terencat akalnya. Mulanya aku tidak pasti apakah puncanya. Bertanyakan kepada ibuku, tetapi tiada jawapan yang pasti. Mungkin disebabkan cerita ini tidak menceritakannya. Namun, setelah ku amat-amati kisahnya, Badrul menghidap demam panas di waktu kecilnya. Sehinggakan ayahnya mencari ubat untuknya dan untuk itu ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan dilanggar lori. Pernyataan ini yang sering diulang-ulang oleh makciknya sehingga Badrul dikatakan membawa sial atau nasib buruk kepada keluarganya.

Menariknya cerita ini kerana tajuknya membuatku tertanya-tanya-kenapa “Pensil”? Apakah cerita disebalik nama alat tulis yang biasa-biasa itu. Kalau tidak silapku, kisah “Pensil” ini pernah dibukukan di dalam antologi sastera dalam Bahasa Inggeris untuk Tingkatan berapa aku tidak pasti. Macam pernah ku baca, tetapi itu sudah berapa tahun yang lalu. Mungkin 10 tahun yang lalu barangkali. Isinya pun tidak ku ingat langsung. Namun, melalui kisah “Pensil” ini baru ku tahu mengapa “Pensil” dan kenapa tidak yang lain.

Jikalau kita ditanya sekarang apakah barang kesukaan kita, mungkin jawapannya pelbagai. Ada yang mungkin sukakan kereta, telefon bimbit canggih, MP3 player dan yang sebanding dengannya. Aku tertarik dengan jawapan Badrul ketika ditanya neneknya, apa benda yang Badrul suka? Jawapan Badrul- mak! Sayang mak! Ketawa si nenek, langsung dibalasnya “Itu manusia, kalau benda?”

Badrul lantas mencapai sebatang dahan kecil dan diukirkan nama benda yang disukainya--- P.E.N.S.I.L. Ya..pensil! Aku tidak pernah terbayang akan menyukai sebatang pensil. Ada apa pada pensil hingga perlu disukai sebegitu rupa. Tetapi aku silap. Kesempitan hidup dan kesukaran hidup apabila sering dicaci, dimaki, diherdik oleh orang-orang disekelilingnya termasuk ibu tirinya sendiri tidak membuatkan dia mengimpikan yang mewah-mewah. Dia sedar letak duduknya di mana di pandangan manusia. Cukup apabila dia tahu akan kesukaan dan kehendaknya. Anugerah seni yang di beri oleh Allah padanya sudah cukup menggambarkan hasil seninya dengan melukis potret. Tidak hairanlah Badrul begitu sukakan pensil; setiap kali ke kedai pasti dia akan membeli sebatang pensil hasil jualan bubur kacang hijau yang dia bikin sendiri. Dan kerana PENSIL itulah dia begitu menghargai kebolehan yang ada padanya sehingga diberi galakan oleh neneknya supaya keluar dari kesempitan hidup itu dan cari rezeki dengan kebolehnnya itu. Mudah-mudahan.


Kisah ini tidak hanya berkisar pada sebatang pensil. Aku cukup terharu dan tidak semena-mena menitiskan air mata melihat kehidupannya yang tidak putus-putus di datangkan ujian dan dugaan. Badrul mampu memberi keinsafan kepada seseorang yang hampir-hampir putus asa sehingga ingin membuat perkara yang bertentangan dengan landasan Islam. Disebabkan kehidupan silam yang pahit dan dosa yang dilakukan darah daging sendiri, perlukah kita menjejaki dan mewarisi perkara yang sama? Aku berfikir sendiri. Jawapannya pasti TIDAK. Cukup meruntun perasaan pabila Badrul menenangkan sahabatnya itu hanya dengan meminta sahabatnya mengingati Yang Esa. Diukirkan di atas tanah kalimah “ALLAH”. Sering dia ingatkannya dengan lafaz – Ingat ALLAH, ALLAHU-AKBAR!!! Dipeluknya hamba Allah itu dengan penuh sifat sayang atas dasar kemanusiaan.

Terkadang aku terfikir pabila melihat kehidupan Badrul yang begitu sukar untuk bernafas dalam kehidupan tatkala diselubungi hasad dan dengki orang-orang sekelilingnya; takkan tiada langsung orang yang baik dan kasihankan si Badrul ini…? ALLAH itu Maha Adil dan Penyayang buat hambaNya….

Kehadiran si Nenek yang cukup baik pada Badrul sekurang-kurangnya si anak ini ada tempat meluahkan rasa yang ditanggung. Bayangkan tiada seorang pun disisi untuk meluahkan rasa yang ditanggung, pasti tiada kekuatan untuk meneruskan hidup. Hanya Allah sebagai pengharapan tatkala itu.

ALLAH, ALLAH, ALLAH!

Sungguh terkesan kisah kehidupan ini buatku. Mungkin juga sama buat kalian yang menonton kisah yang sama. Bukan hanya pada nama kisah ini, tapi apalah salahnya andai iktibar dari kisah itu juga kita serapkan ke dalam diri kita. Banyak mesej yang sampaikan dan terpulang pada kita untuk mengambil semua atau salah satu darinya. Insya-Allah.


P/S: Kehidupan dalam lakonan semata-mata juga mampu menjadikan kita lebih berfikir tentang kehidupan realiti, renung-renungkanlah…! Hakikatnya, kita adalah pelakon dalam kehidupan dunia ini….

Thursday, April 29, 2010

..:::setahun jagung:::..

Assalamu'alaikum wbt dan syukran buat kalian yang menziarahi laman rumah maya hamba ni...^_^

Setahun yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya. Malah ia makin menghampiri penghujungnya. Setahun menempuhi alam ala-ala pekerjaan sungguh memberi impak; baik positif mahupun negatif. Lantas, secara tidak langsung ia membina personaliti diri yang dahulu nya seperti tidak ketahuan arahnya..kini lebih menjadi seseorang. Ya...aku mahu jadi seperti itu, aku mahu jadi seperti ini. Bak kata pepatah "Ambil yang jernih, buang yang keruh".

Perjalanan bermula ke utara Taiping, Perak...lantas dihantar ke utara lagi hingga terkeluar semenanjung sedikit, di Pulau----Pulau Pinang. Tak pernah terlintas di fikiran, aku akan menjejak juga di kepulauan ini, melalui jambatan terpanjang itu, malah untuk tinggal di sana walaupun dua purnama. Alhamdulillah...dengan izinNya, aku sampai di situ akhirnya dengan berkat doa mak, ayah dan adik-adik. Malah, kasih keluarga angkatku di Batu Kurau juga turut membawa aku ke sana. Terima kasih sangat-sangat pada mereka yang mengambil berat terhadap ku ibarat darah daging mereka sendiri. Aku syukuri nikmat itu.


Kemudian, kembali semula ke selatan tanah air, di tempat tumpah darah ku sendiri, Seremban--berbakti di situ pula selama dua purnama. Lagi galak lah kepulangan ku ke rumah tercinta. ^_^

Meneruskan perjalanan ke Ampang sebagai orang dapur,makan dan makan sahaja tau ku...hehe .

Kemudian pula ke Bandar Tasik Selatan sebagai "cikgu" yang bukan cikgu. Cikgu yang bagi ceramah makanan untuk ibu bapa kanak-kanak istimewa di situ. Pengalaman baru kerana hari pertama sahaja sudah di beri ucapan keramat anak-anak itu---"Selamat pagi,Cikgu! Good morning, teacher!" Alangkah bermakna nya ucapan itu walaupun aku cuma orang luar, yang datang seperti gayanya seorang pendidik..maka dengan mudah anak-anak itu memanggil begitu. Tapi tak mengapa, aku suka. (^_^)

Sehinggalah akhirnya aku menamatkan perjalanan setahun praktikal ku di Kuala Lumpur selama sebulan. Seperti ingin menyambung sehingga menjadi dua bulan, tapi apa kan daya begitulah aturannya. Banyak yang aku pelajari setahun ini, tinggal lagi bagaimana ingin aku menukarnya ke bentuk acuan ku sendiri. Mahu jadi seperti dia, atau dia kah? Terpulang. Mana yang baik diteladani, mana yang kurang molek diperbaiki. Bukan begitu kah seharusnya? Mudah-mudahan, InsyaAllah.

Minggu exam pun sedang di lalui kini. Cuma tinggal satu sahaja penilaian kini, minggu depan akan ada VIVA exam. Moga dipermudahkan aku dan juga rakan seperjuangan ku menempuh saat itu dengan tenang. Itulah yang terakhir. Terakhir di sini........selepas empat tahun perjuangan. Terima kasih pada mereka yang bertungkus lumus untuk kami selama 4 tahun di sini. Terima kasih...!


P/S: 4 tahun dulu akan menjadi kenangan silam yang pasti tidak akan aku padamkan kisahnya. Mungkin akan ada entri lain untuk itu. hehe....tunggu.....(' ',)


Antara dua cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

P/S: Hargai dan syukurilah apa yang ada di hadapan kita sekarang..^_^

Wednesday, March 24, 2010

Sekilas rentetan nubari

Assalamu'alaikum wbt kepada pengunjung blog yang sudi menziarahi laman biasa-biasa ini...

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di kitab maya ku ini.
Aku rindu. Aku kangen.

Sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang menguji. Emosi terganggu, terusik barangkali dengan keadaan di sekeliling. Mungkin aku tidak sedar, namun cepat aku disedarkan. Terima kasih buat saudara seagama ku yang mengingatkan aku tentang hakikat kehidupan ini.

Teringat kisah di dalam sebuah bas, di mana seorang muslim yang tidak dikenali menegur seorang muslimah kerana tidak memakai stoking. Walaupun si muslim itu nampak biasa-biasa sahaja dan dikatakan "tiga suku", tapi ada betulnya teguran itu. Si muslimah begitu tercuit hatinya kerana sudah berniat memakai stoking, namun tidak dilaksanakan kerana memikirkan alasan "kejap je keluar ni".
Sungguh! Allah masih sayangkan hambaNya.. diberi nya petunjuk secara tidak langsung....MASYA-ALLAH! (^_^)

Ada juga cerita-cerita lain yang mengisahkan sayang Allah pada hambaNya. Ada juga yang berkait rapat dengan diri ku sendiri, namun...ulasan lanjut mungkin tidak perlu untuk aku coretkan di sini. Bukan kedekut atau kemut. Tapi, cukuplah ia sebagai catatan hidup ku sendiri. Namun aku bersyukur! Aku masih diberi peluang oleh Dia untuk membetulkan apa yang perlu. Dan hidayah yang dikurniakan oleh Nya di perantarakan oleh insan-insan di sekeliling ku. Terima kasih!
"Ujian yang datang sesungguh nya tarbiyah dari Ilahi"
Teringat sedetik pada baris ayat lagu "Kehidupan" nyanyian In-Team & Raihan yang di "tag" untuk ku oleh sahabat di laman facebook. Syukran....seperti tahu-tahu saja aku di dalam mood begini.....

Kata orang susah hendak memuaskan hati semua pihak. Namun bagi ku, andai aku masih mampu untuk menjaga hati orang lain akan aku laksanakan. Biar pun sepahit mana harus ku telan, biar terluka sekali pun hati ini, akan aku lakukan seiring kudratku.

Cuma aku pohon kekuatan dari-Mu Ya Allah.....hidup dan mati ku hanya untuk-Mu Ya Allah!
TAWAKKAL TU 'ALA ALLAHU RABBI

Biar hidup ini perjalanannya tidak ketahui kelaknya, namun aku akan berusaha untuk
bersangka baik kepada-Mu Ya Allah.......

Andai ujian yang Kau beri pada ku ini adalah kiffarah atas dosa-dosa ku, Aku redha Ya Allah.....

Pimpin lah aku di dalam rahmat dan kasih-Mu Ya Wahhab...!
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi, sehingga aku malu kerana tidak habis-habis hamba-Mu ini meminta pada-Mu.Kau ampunkanlah dosa-dosa ku, dosa kedua ibubapa ku, dosa hamba-hamba Mu Ya Allah....
berikan hidayah-Mu di mana jua aku berada....

~Sungguh tenang saat diri ini memikirkan-Mu Ya ALLAH Rabbul 'Izzati~


Tuesday, March 16, 2010

Sungguh aku cari....

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Wednesday, January 13, 2010

::..Sharing Is Caring..::



Assalamu'alaykum wbt kalian semua....sebenarnye dah lame nak cerita...tapi xberkesempatan nak tulis...huu~
but now i got d chance...so i want to share it....=)

I just realized my Chef de Partie is an Ustaz. . .

Perbicaraan kami bermula pabila aku sekadar berbasa basi menanyakan chef nye feedback tentang pembentangan kami tadi. Special Project kami berkisar kepada pembaziran makanan di wad-wad tertentu dan kepuasan pesakit berkenaan menu yang dihidangkan.
Yang pastinye hasil dari kajian kami tu memang akan terkena batang hidung orang dapur di mana secara tak langsung nya Chef pun terlibat...hehe
(sori chef! kami just buat kajian je...hik3~)

Lalu Chef pun membalas dengan jenaka bersahaja nya
" Your presentation really kill us...! haha "

Aku pun mule serba salah...huhu...tapi lantas Chef mengeluarkan bual bicaranya yang buat aku terkedu sebentar.
" Sebenarnya tak baik mencela makanan ni, nanti nikmat makan kena tarik.."
Lalu hal itu di bicarakan dengan panjang lebar. Bak kata Chef, kalau betul makanan tu okey, bersih tapi kite still merungut tentang makanan tu, nikmat sedap makanan tu sikit-sikit,lama-lama ditarik perlahan-lahan....

Memang benar. Aku sendiri pernah makan makanan yang di masak. Everything is ok. Sedap je. hehe...
Yelah..mungkin bila sakit, selera tu jadi kurang. Lalu makanan pun tak habis.
Tapi cukup. Jangan cela makanan tu. Begitu kate chef..hehe

Chef menyambung lagi...kali ini tentang niat.

"Inna a'malu binniat ~ Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat"
Kalau baik niat kita....baik lah tindakan nya...
Kalau sebalik nya..sebalik nya lah yang kan terjadi....

Mudah kan analogi nya?

Banyak juga yang dibicarakan.
Bicara tentang khusyuk dalam solat. Khusyuk dalam wudhu'.
Setiap ayat yang dilafazkan diiringi dengan niat. Salurkan niat yang baik itu ke setiap pelusuk roh dalam jasad.
InsyaAllah, khusyuk itu akan datang mudah-mudahan. Jasad yang baik dan sihat melambangkan rohnya di beri santapan yang sangat baik, istiqamah dan syumul.

Khusyuk melibatkan roh dalam jasad, katanya. Analogi mudah dilontarkan lagi.
Jika jasad diberikan makanan, begitu juga roh.
Santapan roh adalah solat, zikir, puasa, sedekah dan seangkatan dengannya seperti yang dianjurkan oleh Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Mahu roh diberi santapan rohani bukan mudah. Cabaran dan ujian datang bertalu-talu setiap detik dan ketika. Di akhirnya, kekuatan iman dan kekuatan hati dipohon agar sentiasa tetap dan istiqamah sepanjang perjalanan. Mudah-mudahan. INSYAALLAH.

Persoalan yang kita selalu terlepas pandang atau selalu memikirkannya?
Bergantung kepada setiap individu. Namun harus sentiasa kita berdoa agar diberikan hidayah oleh Nya setiap waktu.Jangan dibiarkan kita terlepas seinci pun dari pandangan Allah. Na'uzubillah min zalik.

Sekadar memetik kata-kata dari inspirasi ku~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi sebagai peringatan untuk kalian dan tak lupa kepada diri sendiri.....

Hidup hakikatnya mempunyai dua sempadan – harapan dan ajal. Dengan harapan kehidupan terpelihara dan dengan ajal kehidupan berhenti.

Dan dengan harapan itulah kita akan terus berusaha – mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain. Kita tidak boleh “menjatuhkan hukuman” selagi hidup ini belum tamat. Yang jahat, diharap menjadi baik. Yang baik, diharap menjadi lebih baik. Berilah harapan… kerana Tuhan pun sentiasa memberi harapan, lalu diancam-Nya siapa yang putus asa dengan kekafiran!


Followers

Rapuh-Opick