BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 26, 2013

dia untukku...


Bismillahirahmanirahim

Sesungguhnya aku serahkan sepenuh hati ini kepadaMU ya Allah keranaku yakin Engkau Maha Mengetahui siapa dalam kalangan hambaMU yang layak untukku. Dengan serendah-rendah hati aku memohon, titipkanlah kepada ku hambaMU yang mampu menjadi imam di setiap solatku, ayah yang terbaik untuk setiap anakku, yang mampu menyayangiMU serta mencintaiMU lebih dari segala-galanya dan yang mampu membimbingku ke jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik perancang.
Kuatkanlah hatiku ya Allah.
Semoga ku akan terus redha dengan segala ketentuanMU ya Allah. insyaAllah, Amin ya Rabb......

Saturday, February 16, 2013

Pelengkap dua jiwa

Salam alaik buat pembaca yang singgah di laman saya ni.hehe
Ada sedikit bingkisan yang ingin saya kongsikan buat kita semua yang masih bujang ataupun yang sudah berkahwin.                                                                                                                                   
 Selamat mengaut manfaat~!




Renungan untuk diriku dan sahabat sekalian :)

Warkah Buat Suami

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Thursday, November 22, 2012

Berdoa dari Hati




Siapa tidak tahu doa makan? Bahkan kanak-kanak berumur 4 tahun dan mungkin kurang dari itu pun telah diajar dengan doa makan lengkap bersama ‘subtitle’nya.


“Allahumma bariklana fi ma razaqtana waqina ‘azabannar…”

Amin, amin Ya Allah…

Ya Allah, Kau berkatilah rezeki kami ini dan jauhkan kami dari azab api neraka.


Begitulah maksud sepotong doa pendek yang kita rata-rata hafaz membacanya walaupun mungkin kurang dipraktikkan dalam amalan seharian walaupun sebelum makan. Na’uzubillah min zalik.

Jika di teliti potongan doa ini dari segi maksud dan maknanya, ia tidak pun menyebut secara spesifiknya tentang makanan yang akan kita makan. Namun kita faham  bahawa makanan itu adalah rezeki dari Tuhan. Alhamdulillah.





Namun, pernahkah kita terfikir bahawa REZEKI tidak tertakluk hanya pada skop makanan? Bagi yang sedar, sesungguhnya itu adalah nikmat. Namun bagi yang baru sahaja terfikir, teruskan mengenang dan berfikir yakni skop rezeki secara luas dan anda pastinya menyedari bahawa hakikat rezeki adalah terlalu luas merangkumi seluruh cakupan dunia yang kita diami ini. Harta, makanan, anak, tubuh badan sihat, minda sihat, nikmat iman, Islam, ihsan, pancaindera dan banyak lagi…itu semua rezeki. Masya-Allah.


Dalam Kuliah Maghrib di TV AlHijrah tadi, penerangan ustaz begitu mengetuk minda. Walaupun ia hanyalah peringatan yang tidak memakan masa yang lama, namun ia cukup menyegarkan minda. Beliau menasihatkan dengan gaya bersahaja sehingga membuat diri ini tergeletek hatinya, terjentik jiwanya.


Pesanan agar jangan kita sendiri sebagai umat ISLAM memandang remeh harga sebuah doa. Berdoalah walaupun hanya sepotong ayat pendek asalkan ia datang dari hati dan kesungguhan kita sendiri meminta kepada Rabbul Izzati. Walaupun cuma….

“Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina ‘azabannar…”
Ya Allah, berikan kami kebaikan dunia dan akhirat, dan jauhkan kami dari azab api neraka.


Begitu katanya. Begitulah doa yang diajar Nabi Muhammad SAW junjungan kasih kita.  Malah doa makan yang kita tahu melagukannya itu pun sudah cukup merangkumi segala rezeki yang diberi saban waktu yang sepatutnya kita syukuri. Tidak salah untuk kita membaca ‘doa makan’ tersebut walaupun kita tidak makan pada waktu itu. Fahami maknanya, telusuri harapannya dan hayati konsep rezeki yang kita syukuri dalam doa tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui setiap ada yang ada dalam hati manusia.



Doa itu istiqamah praktisnya. Walaupun kita mendoakan perkara yang sama, jangan pernah jemu, jangan pernah putus asa kerana disitulah letaknya kesungguhan hamba itu mengharapkan makbulnya doa lantas mengharapkan kasihnya Allah.


Menggeletek hati mengingatkan jenaka ustaz yang berkisar tentang doa yang dipohon secara tidak bersungguh. Sebagai contoh:


“Ya Allah, macam semalam lah” atau “Ya Allah, macam biasalah doaku”

Hehe…betul lah, bukan begitu caranya. Itu cara insan yang malas meminta pada PenciptaNya.

Jangan pernah jemu menyatakan cinta jika itu rasa kita pada nikmat dan ujian Tuhan…
Apa yang penting? ISTIQAMAH….InsyaAllah….Ameennn..



balqiszafira
Flat.KuningMerahBata.
dihening malam....

Tuesday, November 13, 2012

Bila malu kian pudar, nilai Islam kian dinafikan!


Bismillahirrahmanirrahim. 
Hanya kepada Allah aku berlindung dari segala sifat mazmumah. Allahu Akbar….


Iman itu ada 70 cabangnya. Dan malu itu separuh dari iman.


Hipotesis awal: Bila malu sudah mulai merudum dari dalam diri, itu petanda iman makin menjauh dari hati. Na’uzubillahi min zalik…

Dunia kini terlalu maju sehingga berjaya mengikis sifat malu umat sedikit demi sedikit. Dahulu, kita yang berpasakkan dengan adab ketimuran, begitu gah dengan sifat malu dan penyantun yang sentiasa di bisikkan oleh nenek moyang kita saban waktu.


Namun, jauh berbeda kini. Pemerhatian secara tidak langsung telah membuat penulis didesak oleh hati dan minda agar mengutarakan entri ini. Walaupun ia hanyalah pendapat personal, tapi ia hakikat buat masa ini. Tanpa disedari, pihak Barat berjaya menyusupkan agenda pemikiran yang dianggap kemodenan bagi mereka namun hakikatnya menjatuhkan pemikiran dan praktis ketimuran, apatah lagi agama ISLAM yang kita anuti.


Ayuh, kita ketuk minda melihat fenomena ini secara lebih serius!



Hakikat 1: Artis ikutan remaja

Dunia hiburan- lakonan, nyanyian, media iklan- hampir 99% watak mereka tidak menutup aurat! Baik wanita mahupun lelaki. Satu iklan pewangi deodoran di kaca televisyen tanpa segan silu mengiklankan produk mereka berlatarbelakangkan kelab malam. Situasi ini menunjukkan betapa pengaruh Barat mula diangkat dan dimartabatkan secara tidak langsung di media kita. Tanpa ada penguatkuasaan tegas inilah dibimbangi anak muda belia kita menerima situasi ini sebagai perkara biasa dan tiada apa yang hendak dihairankan.


Dan yang pasti segala yang dipapar tidak menunjukkan sensitiviti kita sebagai umat Islam di negara Islam kita sendiri. Sebagai manusia yang beriman akan ajaran Islam yang syumul, kita pasti akan mengutuk perbuatan tersebut. Alasan yang diberi artis-artis Melayu-Islam yang tidak menutup aurat secara sempurna tidak relevan - seolah-olah mereka lupa ajaran yang termaktub dalam Al-Quran. Itu perintah Allah yang disampaikan melalui Nabi Junjungan kita Muhammad SAW. 

Terlintas di fikiran penulis perasaan sedih dan kasihan buat mereka yang bercakap sepertinya hidup dunia ini masih panjang. Astaghfirullahal’azhim….


Hakikat 2 : Iklan Dinding di Shopping Mall Terkemuka 


Bukan satu, malahan lebih dari satu shopping mall yang pernah saya lawati menjadikan model wanita dengan aurat yang terbuka memperagakan pakaian dalam di dinding dalam bangunan shopping mall. Ibaratnya sifat malu itu sudah tiada.
Memang, itu bukan wanita Islam. Tapi hakikatnya kita di negara Islam. Allahu Akbar!
Kita punya kuasa menegakkan agama Islam di negara kita dengan undang-undang Islam. 

Manakah malu kita sebagai umat Islam?


Masya-Allah~ Hebat cabaran umat Islam kini. Ibarat kita hanya mengikut telunjuk dan bukan kita yang memberi petunjuk sebagaimana mengamalkan Islam itu sendiri. 


p/s: Dosa tanpa sedar yang kita kumpulkan, ampunkan kami Ya Allah~!



Hakikat 3: Kurangnya nilai sensitiviti Islam dalam filem berwatakkan Melayu-Islam


Tidak pasti sama ada saya yang berasa terlalu sensitif dengan jalan cerita ataupun perkara ini sebenarnya sudah lama menjadi praktik dalam filem Melayu kita. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah nilai Islam dalam filem kita sekarang sudah jauh ditinggalkan. Skrip-skrip lontaran para pelakon seolah-olah menganggap remeh bicara tentang nilai Islam apabila hanya menerima dan melakonkannya.  


Bagi mereka yang menonton sekadar hiburan semata, memang ia tidak akan dianggap sebagai satu isu besar. Namun, bagi mereka umat Islam yang yakin dengan ajaran Islam yang dibawa akan pasti merasa sedih dan kecewa melihatkan hasil dari filem ini.


Cukup sukar jika hanya menyalahkan anak-anak remaja kini atas sikap dan nilai yang kurang elok diamalkan oleh mereka tanpa melihat kepada perspektif keseluruhan. Tanpa sedar, zaman kemodenan kini telah membuka luas peluang syaitan laknatullah menyampaikan agenda mereka melalui bantuan media massa kini. Alangkah bertepuk gemilang syaitan melihat anak Adam diperkudakan oleh umat ‘Islam’ itu sendiri dengan bantuan musuh Islam. Astaghfirullah….


Hingga terlalu takut pabila mengenangkan anak-anak zaman ini terlalu terdedah dengan penyebaran nilai-nilai yang tidak baik hanya melalui satu saluran utama- televisyen! Lihat sahaja filem-filem Melayu sekarang yang dengan bangganya diterbitkan dan diluluskan oleh pihak-pihak tertentu tanpa melihat dengan serius bahan yang akan disebarkan. Kini, kisah ‘gangster’, mat rempit, pengganas jalanan mahupun taiko yang dahulunya hanya kita ketahui melalui dada-dada akhbar telah meluas disebarkan melalui filem dan drama. Dari kita tidak tahu bagaimana mereka ini menjalankan aktiviti, maka minda disumbatkan dengan kisah-kisah begini yang seharusnya tidak dipanjangkan. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah filem-file genre ini diangkat di carta-carta filem terbaik. Allahu Akbar!


Walaupun tujuan asalnya adalah untuk memberi keinsafan kepada sesetengah pihak, namun saya pasti keburukannya adalah lebih besar daripada apa yang kita jangkakan. Remaja kini berpeluang luas melihat dan tidak mustahil untuk mencontohi tanpa kita sedari. Moga dijauhkan!


Kesimpulan

Inilah cabaran utama – bila malu kian pudar, nilai Islam kian dinafikan!

Usaha Saluran TV Islamik popular sekarang dalam memartabatkan nilai dan ilmu Islam amat saya puji. Kalau dahulu kita tidak punya pilihan, sekarang terpulang pada kita untuk membuat pilihan dalam mempelajari nilai Islam yang telah lama kita tinggalkan.

 p/s: Sedih dengan kenyataan seorang artis Melayu-Islam yang begitu mudah mengeluarkan ayat seolah memperlekeh saluran televisyen Islamik dari segi penguatkuasaan tegas dalam memaknakan nilai Islam yang kita sanjungi. Moga Islam tidak jadi perkara asing dalam masyarakat Melayu-Islam kita! Na’uzubillah min zalik….




~Balqiszafira~

Dingin November 2012
Flat Kuning-Merahbata, Seksyen 19 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tuesday, October 30, 2012

Terjumpa Lautan Buku Islam

Assalamu'alaikum sahabat.

Semalam (29 Oktober 2012), saya ke KL kerana ada sedikit hal yang ingin diuruskan.
KL Sentral tempat pertukaran ke stesen seterusnya.
Sedang ingin melangkah menuju LRT, saya terpandang ini.


Sambil mengingati berapa haribulan kah semalam dan terdetik " Ada lagi tak ni?"
Ohh..baru perasan masih berlangsung Ekspo Buku Islam nie. Apalagi, langkah kaki di ayun menuju tingkat atas KL Sentral secepat mungkin kerana hari makin malam. hehe

Apakah perasaan tersebut bila melihat banyak buku yang saya minati di Ekspo ini. Heaven~! hehe
Cuci mata, belek berpuluh-puluh buku..kalau diikut hati mahu saja di borong kesemuanya. Tapi akal masih waras lagi, lalu buat keputusan untuk pilih sekurang-kurangnya satu buku untuk di bawa pulang. Sebagai pengubat jiwa...hehe

Alhamdulillah, setelah sejam jugak round2 semua booth penerbitan ( dan sebetulnya setiap booth ada buku yang saya berkenan, tapi apakan dayaaa....) akhirnya saya memilih ini sebagai santapan kenangan di Ekspo Buku Islam 4 kali ini. 



Saya pasti ini buku yang bermanfaat. Rupanya buku ni dah masuk cetakan kelima. Ruginya saya tak memiliki lama dulu, tapi Alhamdulillah, ia dah jadi milik saya sekarang. ^^,

Jom budayakan membaca, mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini memberi makna yang besar untuk baki kehidupan kita ini...Wallahu'alam

Wednesday, August 8, 2012

Masjid Besi - Senibina Islam terserlah!

Assalamu'alaykum Sahabat-sahabatku.

Apa khabar iman kita hari ini? Mudah-mudahan sentiasa disegari dengan ibadah yang meningkatkan iman, InsyaAllah..
 Dah nak masuk 20 Ramadhan dah malam ni kan? 
Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk kita merasai dan menapak sehingga saat ini. Namun sedih rasanya tatkala memikirkan Ramadhan yang bakal berlalu. 

Ape pun, tahun ni saya punya hajat. Hajat Ramadhan - teringin sangat nak bersolat sunat terawih di Masjid Besi, Putrajaya atau nama sebenar binaan ini ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 
Selalunya, kalau pergi Putrajaya, cuma akan lihat binaan luaran sahaja. 
Subhanallah, di luar pun sudah begitu indah, meronta-ronta hati sedari itu untuk melihat isinya. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Diizinkan oleh Nya untuk saya sampai di sini, dan merasai nikmat bersolat di dalam binaan indah ini. 


 Subhanallah! Ini di kawasan solat utama, yang mana ada khat seperti dari tulisan emas dalam binaan segiempat tersebut. Luas sangat, ibarat saujana mata memandang!


hehe..kenape rasa suasana macam dekat Tanah Suci, Subhanallah! 


Binaan tiang-tiangnya yang cantik tanpa cela. Umpamanya tiang besi yang sangat utuh~!
Hanya segala pujian buat Allah yang mengilhamkan kepada perekanya. 


Terima kasih buat sahabat, Kak Asmah yang sudi merealisasikan impian dan hajat ku ini. Sayang akak!


Alhamdulillah, masih di sini.. ;)
(Saya buat 8 rakaat terawih je, sebab tu nampak ada lagi saf di belakang sane. hehe )


Malam yang saya pegi tu malam 15 Ramadhan. Jadi bulan purnama malam itu sangat cantik. Mungkin tak berape nampak, tapi percayalah. Memang purnama..hehe


Kat area masjid besi ni jugak ada taman mini dengan kolam. Malam tu budak-budak ramai main-main kat situ. Ade ikan kot? 


Ni lah moreh malam tu - Mihun Sup! ;-)

So jom kite buat tour sket sambil tengok gambar binaan dalam masjid besi ni..ayuh!


Pandangan dari tempat jemaah berbuka puasa


Bumbung masjid (atau pun susur gajah ek orang panggil?) sepanjang langkah kaki


Sekitar ruang solat utama - besar sangat!


Kubah utama Masjid Besi. Di tengah dan atas kubah terdapat kalimah ALLAH yang besar.
AllahuAkbar!


Dari dalam masjid actually ruangan terbuka. Jadi dari sini kita boleh tengok Jambatan Wawasan yang setiap minit bertukar warna, Subhanallah~! Cantik kan??


Yeay~! Dengan gembiranya saya post entri ni. Akhirnya dapat juga mencoretkan sesuatu yang indah dalam blog kepunyaan hamba ni...Alhamdulillah. 

Hajat kesampaian~! (^^,)
p/s: lepas ni nak g Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah pulak. Antara masjid yang berada dalam list Ramadhan 1433H, InsyaAllah...

Monday, July 30, 2012

Sesungguhnya aku berpuasa...



Assalamu'alaikum sahabat-sahabatku,
Salam 10 Ramadhan.Alhamdulillah.


10 hari Ramadhan yang penuh rahmat dikurniakan untuk umat Islam dan syukur sekali kita dapat melalui 10 awal Ramadhan ini dengan penuh gigih disertai semangat juang Ramadhan.
Bagaimana 10 terawal Ramadhan kalian?

Semestinya penuh dihiasi dengan ibadah yang mendidik jiwa dan hati, InsyaAllah. Mudah-mudahan. 


Entri kali ini, saya berminat untuk meng'HIGHLIGHT'kan hadis tentang amalan berpuasa kita ini perlu bersih dari segala amalan melalui kata-kata mahupun perbuatan yang tidak elok.


Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah telah bersabda yang maksudnya:
Mafhumnya:"Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melakukan perkara yang tidak baik, dan yang kurang elok daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencerca atau hendak bergaduh dengan kamu, maka dia hendaklah mengatakan:  
”Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!”.

Macam tak logik kalo kita takkan marah sesaat pun dalam Ramadhan ni kan? Saya percaya walaupun kamu bukan jenis pemarah orangnya, namun sifat marah itu pasti ada seandainya ada perkara yang tidak sehaluan dengan kehendak kita, dengan nafsu kita. Walau tidak diluah (untuk sesetengah orang), mungkin amarah itu dipendam. 

Jika mengikut hadis yang tersebut diatas, puasa mengajak kita berhijrah dengan permulaan yang baik yakni tidak mengeluarkan kata-kata kesat, kata-kata yang tidak sopan mahupun kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain. Adakalanya lidah manusia ini bisa menjadi lebih tajam dari mata pedang. Aduh, pedih sekali andai terhiris dengan mata pedang inikan pula diguris dengan kata-kata pedas menghiris hati. Bagai dirobek-robek jantung ini tatkala mendengar amarah yang dilepaskan pada kita. 

Kerana itu perlunya pada menjaga lidah. Bukan anda sahaja, tetapi semua orang disekeliling anda. 
Menjaga diri kita dan orang lain. Diri lebih tenang, orang lain pun tenang melihat kita. Maka puasa kita lebih terjaga dari perbuatan sia-sia. Bukan hanya untuk sendirian berhad tetapi seluruh umat. InsyaAllah.


Jika ada orang yang sedang marah kepada kita, diri perlu dipujuk sabar. 
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"
Andainya ada orang mengajak kepada pergaduhan, hati perlu dididik sabar.
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"
Kiranya ada orang mencaci maki kita, jiwa perlu dikuatkan dengan sabar.
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"

Ibnu al-Qayyim menyebutkan di dalam Zad al-Maad.:
"Seseorang yang berpuasa tidak melakukan tetapi meninggalkan kerana memperhambakan diri.Ia meninggalkan kesukaan nafsu dan kelazatannya kerana mengutamakan kasih Allah dan keredhaannya.
Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan,serta mengembalikan kepadanya segala yang telah dirampas oleh nafsu syahwat"





Mudah-mudahan sifat SABAR yang kita pupuk di bulan Ramadhan ini akan menjadi paradigma baru dalam perubahan diri ke arah kebaikan untuk hari-hari mendatang. Ingat! Ini bukan sifat berkala,hanya bulan Ramadhan sahaja. Ia akhlak yang baik yang diajar Rasulullah S.A.W untuk kemaslahatan kita didunia demi menuai bekal menuju akhirat. AllahuAkbar! 



Indahnya Ramadhan~!!!! =)

Followers

Rapuh-Opick