Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…
24 mei 2009----Tersentuh hati kecilku ini tatkala menjawab panggilan selepas maghrib dari ibu angkat ku yang selesa ku panggil mak sehingga kini…
minggu tu aku balik rumah mak kat sungai ara,batu kurau. Sebelum balik semula ke rumah sewa ku kat depan hospital taiping tu, mak tanya
“Minggu depan along datang, nak makan ape?”. Wah,soalan bab-bab makan ni memang jangan di tanya…lagi-lagi tanya kat orang yang kuat makan macam aku ni…hehehe..mak aku pun tau. Dua-dua mak- mak kandung ngan mak angkatku memang sedia maklum anak bertuahnya ini memang kuat makan…sebab tu badan ku kuat…hehe =P
“ha mak,laksa2!!!” dengan selamba je aku menjawab sambil tersengih macam kerang wangi…kih3.
Actually at that time, I’m just joking. Tapi sebetulnya memang teringin nak makan laksa…laksa mak batu kurau…yummy2!!!
Jadi panggilan mak selepas maghrib tu mak bagitau lepas hantar aku balik ke taiping, diorang balik rumah…ade orang hantar laksa. Mak cakap kalau aku balik lewat sikit petang tu konfem dapat rase laksa tu.Yang buat aku terharu,mak still ingat aku nak makan laksa…walaupun aku just bergurau je petang tu.
Dalam hati ku berkata…mungkin inilah sifat semulajadi seorang ibu. Yang menginginkan kehendak atau impian anaknya tercapai walau dengan apa cara sekali pun. Aku sudah dianggap seperti anak sendiri. Memang tak ternilai kasih yang mak angkat ku curahkan untuk ku..sama seperti ibu sendiri. Saling tak tumpah..alhamdulillah atas kurniaan Mu Ya Allah…(^_^)
Berbalik semula kepada panggilan mak malam tu, mak kata mak tengah tulis sesuatu untuk aku…..dia kata nak bagi aku nanti. Lantas aku teringat, aku pernah nak tengok tulisan jawi mak. Sebab tulisan jawi mak sangat cantik. Tanpa berfikir panjang, aku membalas…
“nanti mak bagi kat along tau minggu depan,along nak tengok ” kata ku sambil membayangkan tulisan khat yang biase orang masuk bertanding tu.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
29 mei 2009 (jumaat): Abah dan adik angkat ku amik kitorang (aku dan kawanku) petang tu lepas aku balik keje….our destinationĂ kg Sg. Ara, Batu Kurau. Best bile weekend dapat balik rumah keluarga angkat yang aku dah anggap macam keluarga sendiri. Sebelum sampai rumah, abah singgah kat simpang Jelai. Tau ade ape kat situ? Ha…ape die? Ye betul, tepat sekali! Kedai makan CHAR KUEY TIOW…kedai yang abah pernah cakap masa aku ikut program anak angkat kat batu kurau tahun 2007 dulu. Ya..i’m back! I’m back to eat here! Hehehe yang pasti murah RM 2.50 sepinggan, dan paling best ialah abah belanja.. =D (THANX ABAH!!)
Sampai je rumah batu kurau…azan pun berkumandang menandakan telah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Batu Kurau dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. (macam pernah dengar ayat neyh..hehe). Maka, pakej pengurusan diri: mandi + solat di laksanakan. Alhamdulillah…selesai sudah,aku pun duduk di meja makan. Temankan mak makan…aku dah kenyang makan char kuey tiow. Ikut hati memang nk makan asam pedas ikan tu…tapi bile ikut perut..haha..faham2 sendiri lah. Satu perut maa….hehe
Dah makan-makan tu…mak pun tunjukkan buku yang mana di dalam tu lah mak meluahkan perasaannya tatkala dia merindui aku. Tulisan jawi. Cantik. Masa tu aku baca sikit-sikit je…tak sampai habis lagi. Sebab dalam masa yang sama mak duduk bercerita kisah dia masuk pertandingan membuat khat daripada manik-manik. Kagum aku jadinya…
But the point is the content of the piece of paper…terharu aku tatkala membacanya. Sedih pun ada. Terbayang aku hari last aku di taiping nanti…tak sanggup rasanya melalui detik perpisahan. Betul lah kata orang,pertemuan itu sesuatu yang indah, namun perpisahan itu ada peritnya. Semoga aku tabah melalui saat itu. Akan aku simpan kertas ni baik-baik. Aku coretkan juga di sini agar aku rasa sentiasa dekat dengan pesanannya…
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan Mu ini…
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH….
TERIMALAH INI SEDIKIT KATA YANG LAHIR DARI HATI SEORANG IBU UNTUK TATAPAN ANAK ANGKATKU YANG DISAYANGI DAN DIKASIHI…
JIKA SEKIRANYA ENGKAU WAHAI ANAKKU JAUH DARI SISIKU SUDILAH APA KIRANYA ENGKAU TINGGALKAN SEDIKIT KASIH SAYANG MU PADA IBUMU INI SEBAGAI PENGGANTI DIRI MU YANG JAUH. DAN JIKA ENGKAU SUDAH BERJAYA KELAK, JANGAN LUPA AKAN IBU MU INI.
DAN LAGI JIKA SEKIRANYA ENGKAU BERADA DI TEMPAT ORANG KELAK SEMASA ENGKAU MENJALANI TUGAS, JADILAH SEORANG INSAN YANG DIKASIHI DAN DISAYANGI. JANGANLAH ENGKAU MENJADI SEORANG INSAN YANG DIBENCI OLEH MASYARAKAT YANG BERADA DI SEKELILING MU. BERBUAT BAIKLAH KEPADA SEMUA ORANG, JANGAN SEKALI ENGKAU BERBUAT JAHAT. KELAK DIRI MU AKAN DISAYANGI SEMUA ORANG.
DAN KEPADA MU JUA ANAKKU, AKU POHON JANGANLAH ENGKAU LUPA…BERILAH KASIH SAYANG PADA KEDUA IBU DAN BAPA MU SEMASA HAYATNYA MASIH ADA.
-MAK SUNGAI ARA,BATU KURAU PERAK-
29 MEI 2009
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
akhir kalam...assalam'alaykum
1 comments:
salam.
terharunya dpt surat mak angkat cm 2..
eh, baju ko tu beli kt tampin eh..
same lah..aduss
::azila/ex-classmtae ko::
Post a Comment