BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 17, 2009

SENANDUNG AL-FATIHAH


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat


Assalamu'alaikum wbt....
post kali ni menyentuh tentang surah pertama dalam Al-Quran. Juga surah pertama aku diajar membaca dalam Muqaddam. Teringat waktu zaman sekolah menengah dahulu, ustazah dan ustaz selalu cakap, kalau nak khusyuk dalam solat...salah satu caranya ialah hafal makna ayat dalam surah tersebut.

5 tahun aku belajar bahasa Arab, tapi masih tak semua perkataan bahasa Arab aku tahu makna. Maklum lah bukan bahasa ibunda. Dari kecik tak diajar speaking Arab. hehe... Tapi sedikit sebanyak, belajar Bahasa Arab selama 5 tahun ni ade jugak manfaatnya. Walaupun dulu mase form 1..aku tak nak masuk aliran agama sebab risau semua orang dalam kelas duk speaking Arab je. Tapi atas dorongan ayah dan cikgu kat sekolah (Sek. Men. Keb. Tampin, Negeri Sembilan), aku masuk jugak kelas aliran agama. Dan, alhamdulillah Allah kurniakan aku kefahaman dan minat nak belajar bahasa Al-Quran ni. Lalu, aku pun sambung belajar Arab ni kat tingkatan 4 & 5 pulak. Rasa sayang nak tinggalkan. Bak kate orang bile dah kenal, baru jatuh cinta. ye tak?hehe

Berbalik pada tujuan asal post kali ni...aku cume nak berkongsi surah pembuka Al-Quran ni bersama maknanya sekali. Bagi sesiapa yang ada basic Arab, mungkin mudah untuk tahu terjemahan surah ni sekaligus menambahkan khusyuk dalam solat kita nanti. Walaupun tak semua surah dalam solat kita tahu makna...At least, surah Al-Fatihah yang kita akan baca setiap kali bangun untuk rakaat yang baru sudah memadai. Lebib baik ada sedikit dari tak ada langsung kan...moge usaha kita yang sedikit ni membuatkan kita lebih khusyuk dalam solat.

Tapi bagi sesiapa yang rasa sukar untuk menghafal atau menterjemahkan Arab ke Melayu....
di atas (tulisan biru) merupakan salah satu senikata lagu nasyid yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Nur Irsyad iaitu "SENANDUNG AL-FATIHAH". Kalau nak dengar lagu nye mungkin boleh taip je tajuk lagu tu kat yahoo ke google ke...
mungkin lebih mudah untuk mengingat. Sebab kebiasaannya, orang mudah mengingat sesuatu dari lagu. Lebih kerap kita dendangkan, lebih cepat pula lagu tu meniti di bibir. Lagu ni memang sangat memberi manfaat bagi sesiapa yang mengetahui. Wallahu'alam.


p/s: al-fatihah buat arwah wan ku yang tersayang - Siti Hadijah yang telah pergi menghadap Ilahi pada 29 nov 2008. Moga rohnya dicucuri rahmat dari Nya.....ameen....



0 comments:

Followers

Rapuh-Opick