Salam alaik buat kalian yang singgah dan yang sedang membaca saat ini.
Kali ni tuan empunya blog nak kongsi tentang soalan-soalan trivia yang seringkali mungkin kita lupa atau tidak ambil 'port' sangat. Biasanya ada trivia tentang bola, tentang itu dan tentang ini. Tetapi trivia yang nak dikongsikan memang menarik dan akan buat kita berfikir tentang nya.
Sebelum tu kita lihat "Apa itu TRIVIA???"
--> Menurut Kamus Dewan, trivia : Pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam sesuatu permainan atau kuiz.
Jom kita lihat trivia ni..kadang2 saya pun tidak mampu menjawab. Jadi trivia ni diiringi bersama jawapannya agar mudah untuk kita ulangkaji semula. hehe...check it out!
1. Wanita dan lelaki pertama yang beriman bahawa tiada tuhan melainkan Allahdan Muhammad itu pesuruh Allah.~ Khadijah binti Khuwailid r.ha. dan Abu Bakr r.a.2. Apakah satu yang tiada dua?~ALLAH s.w.t3. Namakan bapa Abu Bakar as-Siddiq r.a.~ Abu Quhafah4. Namakan tiga haiwan yang disebut dalam Al Quran yang bertujuan menghinamanusia.~ Keldai (Surah al-Jumuah: 5) , Anjing ( Surah al-'Araf: 175-176) dan Gagak(Surah al- Ma'idah:31)5. Apakah surah yang disebut dengan nama salah satu galian?~ Surah al-Hadid yang bermaksud besi.6. Apakah nama hari yang disebut dalam Al-Quran?~ Hari Jumaat (Surah Jumu'ah 62:9) dan hari Sabtu (Surah al-'Araf 7: 163)7. Apakah tiga surah yang mana nama surah tersebut disebut pada hujung surahitu?~ Surah al-Ma'un, surah al-Masad/al-Lahab dan surah an-Nas.8. Apakah perkataan yang diucapkan oleh Nabi Yunus a.s. ketika terperangkapdalam mulut ikan?~ "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya akuadalah termasuk orang yang zalim." (Surah al-Anbiya' 21: 87)9. Sahabat yang terkenal dengan gelaran Saifullah atau "Pedang Allah" ialah....~ Khalid bin al-Walid10. Surah apakah yang diulangi pada setiap ayatnya dengan perkataan "Allah"?~ Surah al-Mujadalah yang berjumlah 22 ayat. Perkataan Allah diulangi sebanyak 41 kali.(Untuk buktikannya, jom baca surah ini!)
Wah...berpeluh juge nak menjawabnya. Tapi Alhamdulillah, dengan perkongsian ni mudah2an memberi sedikit sebanyak ilmu yang kadang-kadang kita terlepas pandang. I like this trivia!
p/s: InsyaAllah, akan datang the next trivia akan muncul...Terima kasih membaca! (^_^)
0 comments:
Post a Comment