BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 10, 2010

KENAPA AKU....

Assalamu'alaikum wbt.
Satu ketika...sedang Solusi isu pertama (yang telah diulang cetak) ku baca, ku selak helai demi helai, ku terhenti di helaian ini. Saat itu ku terfikir ujian yang menimpaku. Lalu aku terpujuk dengan kalam Ilahi ini..niat di hati ingin berkongsi pada kalian. Bagi sesiapa yang dilanda kesedihan,kesusahan,kepayahan..INGATlah bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmahnya andai kita mampu koreksi dan muhasabah diri. Wallahu'alam...


--------------------------------------------------------------------------------

Kenapa aku sering diuji?

Firman Allah maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereke dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."
( Surah al-Ankabut: 2-3)



Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)



Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)


Bagaimana kan kuhadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Ali Imran:200)


Firman Allah lagi,maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah al-Baqarah:45)


Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman Allah,maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka..."
(Surah at-Taubah:111)



p/s:Ingat pada Dia, sentiasa bersangka baik pada Allah..mudah-mudahan perjalanan kehidupan ini Dia permudahkan untuk kita..INSYA-ALLAH~~

2 comments:

kakna said...

mjlh solusi ni bgs..

baLQis Zafira said...

aah kakna..mmg bagus..padat dgn ilmu dan motivasi...=)

Followers

Rapuh-Opick