Siapa
tidak tahu doa makan? Bahkan kanak-kanak berumur 4 tahun dan mungkin kurang
dari itu pun telah diajar dengan doa makan lengkap bersama ‘subtitle’nya.
“Allahumma bariklana
fi ma razaqtana waqina ‘azabannar…”
Amin, amin Ya Allah…
Ya
Allah, Kau berkatilah rezeki kami ini dan jauhkan kami dari azab api neraka.
Begitulah
maksud sepotong doa pendek yang kita rata-rata hafaz membacanya walaupun
mungkin kurang dipraktikkan dalam amalan seharian walaupun sebelum makan.
Na’uzubillah min zalik.
Jika
di teliti potongan doa ini dari segi maksud dan maknanya, ia tidak pun menyebut
secara spesifiknya tentang makanan yang akan kita makan. Namun kita faham bahawa makanan itu adalah rezeki dari Tuhan.
Alhamdulillah.
Namun,
pernahkah kita terfikir bahawa REZEKI tidak tertakluk hanya pada skop makanan?
Bagi yang sedar, sesungguhnya itu adalah nikmat. Namun bagi yang baru sahaja
terfikir, teruskan mengenang dan berfikir yakni skop rezeki secara luas dan
anda pastinya menyedari bahawa hakikat rezeki adalah terlalu luas merangkumi
seluruh cakupan dunia yang kita diami ini. Harta, makanan, anak, tubuh badan
sihat, minda sihat, nikmat iman, Islam, ihsan, pancaindera dan banyak lagi…itu
semua rezeki. Masya-Allah.
Dalam
Kuliah Maghrib di TV AlHijrah tadi, penerangan ustaz begitu mengetuk minda.
Walaupun ia hanyalah peringatan yang tidak memakan masa yang lama, namun ia
cukup menyegarkan minda. Beliau menasihatkan dengan gaya bersahaja sehingga
membuat diri ini tergeletek hatinya, terjentik jiwanya.
Pesanan
agar jangan kita sendiri sebagai umat ISLAM memandang remeh harga sebuah doa.
Berdoalah walaupun hanya sepotong ayat pendek asalkan ia datang dari hati dan
kesungguhan kita sendiri meminta kepada Rabbul Izzati. Walaupun cuma….
“Rabbana atina
fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina ‘azabannar…”
Ya
Allah, berikan kami kebaikan dunia dan akhirat, dan jauhkan kami dari azab api
neraka.
Begitu
katanya. Begitulah doa yang diajar Nabi Muhammad SAW junjungan kasih kita. Malah doa makan yang kita tahu melagukannya
itu pun sudah cukup merangkumi segala rezeki yang diberi saban waktu yang
sepatutnya kita syukuri. Tidak salah untuk kita membaca ‘doa makan’ tersebut
walaupun kita tidak makan pada waktu itu. Fahami maknanya, telusuri harapannya
dan hayati konsep rezeki yang kita syukuri dalam doa tersebut. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui setiap ada yang ada dalam hati manusia.
Doa
itu istiqamah praktisnya. Walaupun kita mendoakan perkara yang sama, jangan
pernah jemu, jangan pernah putus asa kerana disitulah letaknya kesungguhan
hamba itu mengharapkan makbulnya doa lantas mengharapkan kasihnya Allah.
Menggeletek
hati mengingatkan jenaka ustaz yang berkisar tentang doa yang dipohon secara
tidak bersungguh. Sebagai contoh:
“Ya Allah, macam
semalam lah”
atau “Ya Allah, macam biasalah doaku”
Hehe…betul lah,
bukan begitu caranya. Itu cara insan yang malas meminta pada PenciptaNya.
Jangan pernah jemu
menyatakan cinta jika itu rasa kita pada nikmat dan ujian Tuhan…
Apa
yang penting? ISTIQAMAH….InsyaAllah….Ameennn..
balqiszafira
Flat.KuningMerahBata.
dihening malam....
0 comments:
Post a Comment