Bismillahirrahmanirrahim.
Hanya
kepada Allah aku berlindung dari segala sifat mazmumah. Allahu Akbar….
Iman
itu ada 70 cabangnya. Dan malu itu separuh dari iman.
Hipotesis awal: Bila malu sudah mulai merudum
dari dalam diri, itu petanda iman makin menjauh dari hati. Na’uzubillahi min
zalik…
Dunia
kini terlalu maju sehingga berjaya mengikis sifat malu umat sedikit demi
sedikit. Dahulu, kita yang berpasakkan dengan adab ketimuran, begitu gah dengan
sifat malu dan penyantun yang sentiasa di bisikkan oleh nenek moyang kita saban
waktu.
Namun,
jauh berbeda kini. Pemerhatian secara tidak langsung telah membuat penulis didesak
oleh hati dan minda agar mengutarakan entri ini. Walaupun ia hanyalah pendapat
personal, tapi ia hakikat buat masa ini. Tanpa disedari, pihak Barat berjaya
menyusupkan agenda pemikiran yang dianggap kemodenan bagi mereka namun
hakikatnya menjatuhkan pemikiran dan praktis ketimuran, apatah lagi agama ISLAM
yang kita anuti.
Ayuh,
kita ketuk minda melihat fenomena ini secara lebih serius!
Hakikat 1: Artis
ikutan remaja
Dunia
hiburan- lakonan, nyanyian, media iklan- hampir 99% watak mereka tidak menutup
aurat! Baik wanita mahupun lelaki. Satu iklan pewangi deodoran di kaca
televisyen tanpa segan silu mengiklankan produk mereka berlatarbelakangkan
kelab malam. Situasi ini menunjukkan betapa pengaruh Barat mula diangkat dan
dimartabatkan secara tidak langsung di media kita. Tanpa ada penguatkuasaan
tegas inilah dibimbangi anak muda belia kita menerima situasi ini sebagai
perkara biasa dan tiada apa yang hendak dihairankan.
Dan
yang pasti segala yang dipapar tidak menunjukkan sensitiviti kita sebagai umat
Islam di negara Islam kita sendiri. Sebagai manusia yang beriman akan ajaran
Islam yang syumul, kita pasti akan mengutuk perbuatan tersebut. Alasan yang
diberi artis-artis Melayu-Islam yang tidak menutup aurat secara sempurna tidak
relevan - seolah-olah mereka lupa ajaran yang termaktub dalam Al-Quran. Itu perintah
Allah yang disampaikan melalui Nabi Junjungan kita Muhammad SAW.
Terlintas
di fikiran penulis perasaan sedih dan kasihan buat mereka yang bercakap
sepertinya hidup dunia ini masih panjang. Astaghfirullahal’azhim….
Hakikat 2 : Iklan
Dinding di Shopping Mall Terkemuka
Bukan
satu, malahan lebih dari satu shopping mall yang pernah saya lawati menjadikan
model wanita dengan aurat yang terbuka memperagakan pakaian dalam di dinding
dalam bangunan shopping mall. Ibaratnya sifat malu itu sudah tiada.
Memang,
itu bukan wanita Islam. Tapi hakikatnya kita di negara Islam. Allahu Akbar!
Kita punya kuasa menegakkan agama Islam di negara kita dengan undang-undang Islam.
Kita punya kuasa menegakkan agama Islam di negara kita dengan undang-undang Islam.
Manakah malu kita sebagai umat Islam?
Masya-Allah~
Hebat cabaran umat Islam kini. Ibarat kita hanya mengikut telunjuk dan bukan
kita yang memberi petunjuk sebagaimana mengamalkan Islam itu sendiri.
p/s:
Dosa tanpa sedar yang kita kumpulkan, ampunkan kami Ya Allah~!
Hakikat 3: Kurangnya
nilai sensitiviti Islam dalam filem berwatakkan Melayu-Islam
Tidak
pasti sama ada saya yang berasa terlalu sensitif dengan jalan cerita ataupun
perkara ini sebenarnya sudah lama menjadi praktik dalam filem Melayu kita. Apa
yang ingin saya katakan di sini adalah nilai Islam dalam filem kita sekarang
sudah jauh ditinggalkan. Skrip-skrip lontaran para pelakon seolah-olah
menganggap remeh bicara tentang nilai Islam apabila hanya menerima dan
melakonkannya.
Bagi
mereka yang menonton sekadar hiburan semata, memang ia tidak akan dianggap
sebagai satu isu besar. Namun, bagi mereka umat Islam yang yakin dengan ajaran
Islam yang dibawa akan pasti merasa sedih dan kecewa melihatkan hasil dari
filem ini.
Cukup
sukar jika hanya menyalahkan anak-anak remaja kini atas sikap dan nilai yang
kurang elok diamalkan oleh mereka tanpa melihat kepada perspektif keseluruhan. Tanpa
sedar, zaman kemodenan kini telah membuka luas peluang syaitan laknatullah
menyampaikan agenda mereka melalui bantuan media massa kini. Alangkah bertepuk
gemilang syaitan melihat anak Adam diperkudakan oleh umat ‘Islam’ itu sendiri
dengan bantuan musuh Islam. Astaghfirullah….
Hingga
terlalu takut pabila mengenangkan anak-anak zaman ini terlalu terdedah dengan
penyebaran nilai-nilai yang tidak baik hanya melalui satu saluran utama-
televisyen! Lihat sahaja filem-filem Melayu sekarang yang dengan bangganya
diterbitkan dan diluluskan oleh pihak-pihak tertentu tanpa melihat dengan
serius bahan yang akan disebarkan. Kini, kisah ‘gangster’, mat rempit,
pengganas jalanan mahupun taiko yang dahulunya hanya kita ketahui melalui
dada-dada akhbar telah meluas disebarkan melalui filem dan drama. Dari kita
tidak tahu bagaimana mereka ini menjalankan aktiviti, maka minda disumbatkan
dengan kisah-kisah begini yang seharusnya tidak dipanjangkan. Ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan, begitulah filem-file genre ini diangkat di carta-carta
filem terbaik. Allahu Akbar!
Walaupun
tujuan asalnya adalah untuk memberi keinsafan kepada sesetengah pihak, namun
saya pasti keburukannya adalah lebih besar daripada apa yang kita jangkakan.
Remaja kini berpeluang luas melihat dan tidak mustahil untuk mencontohi tanpa
kita sedari. Moga dijauhkan!
Kesimpulan
Inilah
cabaran utama – bila malu kian pudar, nilai Islam kian dinafikan!
Usaha
Saluran TV Islamik popular sekarang dalam memartabatkan nilai dan ilmu Islam
amat saya puji. Kalau dahulu kita tidak punya pilihan, sekarang terpulang pada
kita untuk membuat pilihan dalam mempelajari nilai Islam yang telah lama kita
tinggalkan.
p/s: Sedih dengan kenyataan seorang artis
Melayu-Islam yang begitu mudah mengeluarkan ayat seolah memperlekeh saluran
televisyen Islamik dari segi penguatkuasaan tegas dalam memaknakan nilai Islam
yang kita sanjungi. Moga Islam tidak jadi perkara asing dalam masyarakat
Melayu-Islam kita! Na’uzubillah min zalik….
~Balqiszafira~
Dingin
November 2012
Flat
Kuning-Merahbata, Seksyen 19 Shah Alam
Selangor
Darul Ehsan
2 comments:
Isu menarik. Janganlah saudari khuatir, semuanya tidak boleh diubah dengan drastik tetapi sedikit demi sedikit...insyaAllah pasti akan berjaya akhirnya. Yang penting setiap keluarga Islam perlu menerapkan nilai-nilai murni Islam dalam pembentukan akhlak anak-anak mereka sejak dari kecil lagi.
Betul, sy setuju...mudah2an setiap keluarga Islam menitikberatkan setiap amanah untuk kita bawa hingga akhirat kelak...AllahuAkbar~
Post a Comment