BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, August 8, 2012

Masjid Besi - Senibina Islam terserlah!

Assalamu'alaykum Sahabat-sahabatku.

Apa khabar iman kita hari ini? Mudah-mudahan sentiasa disegari dengan ibadah yang meningkatkan iman, InsyaAllah..
 Dah nak masuk 20 Ramadhan dah malam ni kan? 
Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk kita merasai dan menapak sehingga saat ini. Namun sedih rasanya tatkala memikirkan Ramadhan yang bakal berlalu. 

Ape pun, tahun ni saya punya hajat. Hajat Ramadhan - teringin sangat nak bersolat sunat terawih di Masjid Besi, Putrajaya atau nama sebenar binaan ini ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 
Selalunya, kalau pergi Putrajaya, cuma akan lihat binaan luaran sahaja. 
Subhanallah, di luar pun sudah begitu indah, meronta-ronta hati sedari itu untuk melihat isinya. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Diizinkan oleh Nya untuk saya sampai di sini, dan merasai nikmat bersolat di dalam binaan indah ini. 


 Subhanallah! Ini di kawasan solat utama, yang mana ada khat seperti dari tulisan emas dalam binaan segiempat tersebut. Luas sangat, ibarat saujana mata memandang!


hehe..kenape rasa suasana macam dekat Tanah Suci, Subhanallah! 


Binaan tiang-tiangnya yang cantik tanpa cela. Umpamanya tiang besi yang sangat utuh~!
Hanya segala pujian buat Allah yang mengilhamkan kepada perekanya. 


Terima kasih buat sahabat, Kak Asmah yang sudi merealisasikan impian dan hajat ku ini. Sayang akak!


Alhamdulillah, masih di sini.. ;)
(Saya buat 8 rakaat terawih je, sebab tu nampak ada lagi saf di belakang sane. hehe )


Malam yang saya pegi tu malam 15 Ramadhan. Jadi bulan purnama malam itu sangat cantik. Mungkin tak berape nampak, tapi percayalah. Memang purnama..hehe


Kat area masjid besi ni jugak ada taman mini dengan kolam. Malam tu budak-budak ramai main-main kat situ. Ade ikan kot? 


Ni lah moreh malam tu - Mihun Sup! ;-)

So jom kite buat tour sket sambil tengok gambar binaan dalam masjid besi ni..ayuh!


Pandangan dari tempat jemaah berbuka puasa


Bumbung masjid (atau pun susur gajah ek orang panggil?) sepanjang langkah kaki


Sekitar ruang solat utama - besar sangat!


Kubah utama Masjid Besi. Di tengah dan atas kubah terdapat kalimah ALLAH yang besar.
AllahuAkbar!


Dari dalam masjid actually ruangan terbuka. Jadi dari sini kita boleh tengok Jambatan Wawasan yang setiap minit bertukar warna, Subhanallah~! Cantik kan??


Yeay~! Dengan gembiranya saya post entri ni. Akhirnya dapat juga mencoretkan sesuatu yang indah dalam blog kepunyaan hamba ni...Alhamdulillah. 

Hajat kesampaian~! (^^,)
p/s: lepas ni nak g Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah pulak. Antara masjid yang berada dalam list Ramadhan 1433H, InsyaAllah...

Monday, July 30, 2012

Sesungguhnya aku berpuasa...



Assalamu'alaikum sahabat-sahabatku,
Salam 10 Ramadhan.Alhamdulillah.


10 hari Ramadhan yang penuh rahmat dikurniakan untuk umat Islam dan syukur sekali kita dapat melalui 10 awal Ramadhan ini dengan penuh gigih disertai semangat juang Ramadhan.
Bagaimana 10 terawal Ramadhan kalian?

Semestinya penuh dihiasi dengan ibadah yang mendidik jiwa dan hati, InsyaAllah. Mudah-mudahan. 


Entri kali ini, saya berminat untuk meng'HIGHLIGHT'kan hadis tentang amalan berpuasa kita ini perlu bersih dari segala amalan melalui kata-kata mahupun perbuatan yang tidak elok.


Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah telah bersabda yang maksudnya:
Mafhumnya:"Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melakukan perkara yang tidak baik, dan yang kurang elok daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencerca atau hendak bergaduh dengan kamu, maka dia hendaklah mengatakan:  
”Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!”.

Macam tak logik kalo kita takkan marah sesaat pun dalam Ramadhan ni kan? Saya percaya walaupun kamu bukan jenis pemarah orangnya, namun sifat marah itu pasti ada seandainya ada perkara yang tidak sehaluan dengan kehendak kita, dengan nafsu kita. Walau tidak diluah (untuk sesetengah orang), mungkin amarah itu dipendam. 

Jika mengikut hadis yang tersebut diatas, puasa mengajak kita berhijrah dengan permulaan yang baik yakni tidak mengeluarkan kata-kata kesat, kata-kata yang tidak sopan mahupun kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain. Adakalanya lidah manusia ini bisa menjadi lebih tajam dari mata pedang. Aduh, pedih sekali andai terhiris dengan mata pedang inikan pula diguris dengan kata-kata pedas menghiris hati. Bagai dirobek-robek jantung ini tatkala mendengar amarah yang dilepaskan pada kita. 

Kerana itu perlunya pada menjaga lidah. Bukan anda sahaja, tetapi semua orang disekeliling anda. 
Menjaga diri kita dan orang lain. Diri lebih tenang, orang lain pun tenang melihat kita. Maka puasa kita lebih terjaga dari perbuatan sia-sia. Bukan hanya untuk sendirian berhad tetapi seluruh umat. InsyaAllah.


Jika ada orang yang sedang marah kepada kita, diri perlu dipujuk sabar. 
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"
Andainya ada orang mengajak kepada pergaduhan, hati perlu dididik sabar.
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"
Kiranya ada orang mencaci maki kita, jiwa perlu dikuatkan dengan sabar.
Katakan, "Sesungguhnya aku berpuasa"

Ibnu al-Qayyim menyebutkan di dalam Zad al-Maad.:
"Seseorang yang berpuasa tidak melakukan tetapi meninggalkan kerana memperhambakan diri.Ia meninggalkan kesukaan nafsu dan kelazatannya kerana mengutamakan kasih Allah dan keredhaannya.
Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan,serta mengembalikan kepadanya segala yang telah dirampas oleh nafsu syahwat"





Mudah-mudahan sifat SABAR yang kita pupuk di bulan Ramadhan ini akan menjadi paradigma baru dalam perubahan diri ke arah kebaikan untuk hari-hari mendatang. Ingat! Ini bukan sifat berkala,hanya bulan Ramadhan sahaja. Ia akhlak yang baik yang diajar Rasulullah S.A.W untuk kemaslahatan kita didunia demi menuai bekal menuju akhirat. AllahuAkbar! 



Indahnya Ramadhan~!!!! =)

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Bulan Mujahadah, Bukan Bulan Juadah


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Ramadhan, Salam Ramadhan, Salam Ramadhan untuk kalian.
(Semacam berdekad rasanya tidak menukil di sini...hehe)

Alhamdulillah, syukur..syukur..syukur pada Allah.
Dengan izin-Nya Dia memberi peluang untuk kita bertemu Ramadhan Kareem sekali lagi. Nikmat paling besar yang tidak ternilai harganya buat ummat Islam seluruhnya. Ganjaran berlipat kali ganda untuk ibadah yang dizahirkan hanya mengejar mardhatillah yakni keredhaan Allah.

Subhanallah, Allahuakbar~! Lalu bagaimana iman kita menjelang bulan Ramadhan? Bahagiakah atau sebaliknya? Khabar gembira tentunya buat mereka yang beriman,ibarat menanti ketibaan kekasih tercinta setelah sekian lama tiada khabar berita. Alhamdulillah, seandainya begitu perasaan kita tatkala itu. Maka kerna itulah kita perlu sentiasa koreksi dan muhasabah iman kita setiap detik dan waktu.

Nabi Muhammad Saw bersabda; “Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka” (Al-Hadis).

Memasuki Ramadhan bukan hanya dengan menahan lapar perut dan hausnya tekak semata, membawa sikap buruk yang sama tanpa pembaikan. Tetapi memasuki Ramadhan dijanjikan rahmat di awalnya, maghfirah di pertengahannya dan pembebasan api neraka di hujungnya. mampukah lagi kita hanya membiarkan semua ganjaran itu berlalu pergi tanpa ada usaha mendapatkannya?

Alangkah ruginya umat Islam andai itu berlaku. Sesungguhnya, demi masa itu akan jadi satu penyesalan hebat di perhitungan kelak. Na'uzubillah min zalik.
Harapanku semoga umat Islam ini celik bahawa Ramadhan perlukan mujahadah insan dalam hitungan hari-harinya selama 30 hari. Jadi target dan matlmat perlu ada dalam mendapatkan hasilnya. Sesuai dengan ayat suci al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 yang telah menetapkan matlamat puasa kita sebenarnya.

SMART RAMADHAN

Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara
(Lokasi atas bukit, sangat cantik...1st time tengok macam masjid kat Turki)

Alhamdulillah saya terlalu bersyukur dapat mengikuti Seminar Penghayatan Ramadhan (SMART Ramadhan) di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara pada hari pertama dan kedua Ramadhan 1433H (22&23Julai 2012- jatuh pada Sabtu dan Ahad). Jemputan dari seorang sahabat di facebook tidak terlintas di fikiran untuk berfikir panjang. Inilah yang saya cari - majlis ilmu seumpama ini lebih-lebih lagi berkenaan Ramadhan. Yang mana ia datang setahun sekali, dan itupun jika kita berkesempatan sampai kepada Ramadhan yang berikutnya. Disebabkan setahun sekali, maka sekali itulah kita perlu manfaatkannya. Mungkin sahaja bab puasa kita sudah mahir namun manusia ini lemah sifatnya. Perlunya pada tazkirah dan peringatan yang sentiasa 'refresh' minda kita dan ilmu kita.



Saya merasakan ingin menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih terkesan dengan jiwa berbanding Ramadhan yang lalu. Setiap dari kita pastinya mahukan yang lebih baik dari apa yang dia telah lalui sebelum ini. Maka, di sini saya berhasrat untuk berkongsi ilmu yang saya dapat sepanjang Seminar SMART Ramadhan 1433H yang lalu,masih terngiang-ngiang di pendengaran kalam ustaz dan ustazah yang menyampaikan ilmu. Apapun saya dapat kesimpulan yang mantap hasil dari majlis ilmu ini dan akan saya simpulkan untuk kalian. Mudah-mudah bermanfaat, InsyaAllah.

TUJUAN PUASA


Sepanjang ceramah, ayat 183 Surah Al-Baqarah diulang-ulang sehingga terpahat di ingatan menunjukkan betapa ibadah puasa itu bukan bertujuan menahan lapar dan dahaga semata. Tetapi jika kita lihat ayat ini, di hujung ayat dinyatakan dengan jelas tujuan muslim berpuasa yakni ayat "La'allakum Tattaqun" - Menjadi Orang Bertaqwa.

INPUT mewakili IMAN
 - Wahai orang-orang yang beriman...
 (Khusus untuk orang-orang Islam yang BERIMAN)

PROSES mewakili IBADAH PUASA
- Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas golongan sebelummu.
(Ada orang kita memberi alasan puasa, tak makan akan mati tapi Umat sebelum kita telah pun difardukan ibadah puasa ini dan puasa mereka lebih produktif berbanding kita sehinggakan Perang Badar direncanakan oleh Allah swt ketika umat Islam sedang berpuasa)

OUTPUT mewakili TAQWA
- Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa
(Inilah tujuan puasa yang difardhukan ke atas kita sebenarnya, untuk kita menjadi orang yang bertakwa. Subhanallah, Allah sayangkan hambaNya bertakwa.)

Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa menyatakan:
“Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah.Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa.”



RAMADHAN ADAT vs RAMADHAN IBADAT

Juadah VS Mujahadah

Jika kita perhatikan fenomena umat Islam akhir zaman ini, juadah dipentingkan ketika bulan Ramadhan. Juadah yang tidak pernah ada diadakan khusus ketika bulan Ramadhan. Maka, orang kita sekarang fokusnya sudah menjadi lain - Juadah, Juadah & Juadah.
Inilah yang terjadi bila tujuan puasa hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata.
Betul, tak salah kita mencari makan berbuka puasa, tetapi jangan berlebih-lebihan.
Apa bezanya makan di bulan lain dengan makan di bulan Ramadhan? Cuma waktunya sahaja yang berbeza. Cuba kita lihat jadual di bawah ni...


Benarkan begitu? Kalau kebiasaannya kita makan 4 kali pada bulan biasa, maka yang sama juga berlaku pada bulan Ramadhan. Masih lagi penekanan kepada pemakanan SEIMBANG, SEDERHANA DAN PELBAGAI. ^^, (Selingan Pemakanan Sihat)


 
Maka, ayat Ramadhan Bulan Mujahadah, bukan Bulan Juadah terlalu tepat untuk peringatan kepada kita.
Dengan misi Ramadhan kita yang akhirnya ingin mencapai status TAQWA yang memerlukan usaha dan mujahadah yang bukan sedikit. Pernahkan anda mendengar ini?

MUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS


Sungguh sekali!

Pengorbanan dan mujahadah kita menjaga puasa dalam segala hal. Menahan nafsu lapar dan dahaga, memelihara seluruh pancaindera kita termasuk pandangan mata dari perkara yang tidak baik, menjaga mata dari mendengar perkara yang tidak elok jauh sekali fitnah, menjaga kata-kata dari kata-kata kesat dan tidak elok. Itulah yang dikata puasa dengan mujahadah.

Mujahadah dalam melakukan amalan wajib dan sunat amat digalakkan. Ini termasuklah puasa wajib kita di bulan Ramadhan, solat 5 waktu, solat sunat, solat tarawih (Qiam Ramadhan), qiraatul (bacaan) Al-Quran, sedekah dan doa. Ganjaran yang dihadiahkan oleh Allah swt kepada hamba-Nya terlalu besar nilainya. Malam LailatulQadar yang lebih baik dari 1000 bulan yang mana ia bersamaan dengan 83 tahun umur kita. Subhanallah!Alhamdulillah!Allahuakbar!

Mari sama-sama kita lonjakkan mujahadah kita di bulan Ramadhan ini agar nanti ia jadi penguat semangat untuk kita terus ISTIQAMAH dengan mujahadah kita di Sebelas bulan yang seterusnya. InsyaAllah...
Jom kita hayati kata-kata ini buat renungan koreksi diri kita...mudah-mudahan...


Imam Al-Ghazali menyatakan dalam Ihya Ulumuddin;
“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, samada dari aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah, Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat,”



Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam membaiki segala amal kebaikan kepada yang lebih baik, kuatkan hati-hati ini dalam bermujahadah dengan istiqamah selagi hayat yang Kau izinkan ini masih bersisa. Ampunkan dosa-dosa kami yang zahir mahupun yang tidak terlahir dan tidak kami sedari. Sungguh, kami ini terlalu banyak dosanya, hanya Engkau sahaja Ya Allah kami damba keampunanMu. Tunjuki kami jalan menuju syurgaMu, jalan lurus untuk bertemu Mu dan kekasih Mu Muhammad S.A.W di akhirat yang kekal abadi. Ameen Ya Rabb...

Salam Ramadhan dan Salam Mujahadah untuk kawan-kawan sekalian!  Senyum dalam mujahadah ok~! =)

Sunday, June 24, 2012

A.K.U.M.A.N.U.S.I.A

'AKU' suka melihat manusia. Sedang 'AKU' duduk-duduk santai tatkala menunggu (tak kira waktu bila) - 'AKU' akan jadi pemerhati yang teliti. Secara tidak rasminya. 

Manusia itu banyak sifatnya, banyak wataknya, banyak tingkahnya, banyak penampilannya.
Dan yang pasti aku kagum melihat manusia. Kerana mereka berani menjadi diri sendiri.
Ya, diri sendiri!
Peduli apa kata manusia lain, yang penting yang berjalan itu 'AKU' dan bukan mereka.
Itu umumnya ku letakkan rasa kagum itu. Peringkat khususnya, mindaku akan lebih dalam cuba menggambarkan latar belakangnya, bagaimana ibu bapanya, rumahnya, kawan-kawannya, kehidupannya, didikannya.. kerana itu semua pemain peranan yang wajar dikategorikan sebagai penting dalam pembinaan watak.
BUKAN KAH BEGITU?

Tapi itu cuma pendapat klise seorang pemerhati jalanan. 
Hakikatnya, manusia itu unik. Hasil mereka mengikut acuan disekeliling. Dijalankan jua dengan sunnatullah Ilahi, melalui ujian dan cabaran kehidupan sehingga mereka menjadi 'AKU'.

Namun 'AKU' tetap 'AKU' akan terus diuji pada setiap inci kehidupannya, sehingga 'AKU' dihujung riwayatnya.


WALLAHU'ALAM....



balqiszafira,
Nukilan rawak di sebuah stesen KTM, sambil menunggu itu pasti. 
10.30 pm, Seremban. 


Sunday, December 18, 2011

Spagheti oh Spagheti~!

Salam alaik buat semua. ^^,

Hari ini aku punya masa untuk melakarkan sesuatu di blog makin bersawang ini.
Sesuatu yang ingin ditulis, ingin disimpan sebagai kenangan masa hadapan.

Kepulangan ke teratak tercinta minggu ini buat aku sedikit teruja. Kerana bersemangat nak masak masakan idaman keluarga. Dua hari kelmarin, adik lelakiku yang ke-empat hantar SMS.

"Salam, long. Nanti ko balik rumah kan minggu ni? Masak spagheti macam raye aritu long."

Wah, agak terkejut jugak dapat permintaan dari si bujang sorang nih. haha Tapi ku khabarkan saja InsyaAllah..hehe

Setibanya di Tampin, terus saja aku menuju Giant mencari bahan-bahan untuk masak spagheti bolonaise tu. Dengan berjalan kaki dari Giant ke rumah memang agak jauh, dengan menjinjing barang-barang yang boleh tahan beratnya. Kebetulan Sabtu --NO PLASTIC BAG DAY!
Lalu gimana nak bawak semua tu??
Solution: Mengeluarkan 20 Sen untuk satu beg plastik. hehe

Alhamdulillah, sampai rumah jua akhirnya dengan berkat kekuatan dan kesungguhan kaki berjalan ke rumahku..setengah jam jugak. Dalam kepala tetap konsisten memotivasikan diri.
"Takpe..exercise~!" (^^,)

---------------------------------------------------------------------------------

Menjelang malam, proses penyediaan bahan-bahan masakan dimulakan. Kami buat bersama-sama. Habis semua adik-adikku panggil ke dapur supaya melancarkan proses masakan. Sambil-sambil tu mereka boleh belajar masak masakan Western kesukaan mereka tu. hehe

Rebus spagheti dulu sampai al-dente (istilah spagheti yang dah lembut lepas direbus--belajar masa U dulu.). Untuk makan 8 orang, sepeket spagheti dah memadai. =)

Bahan-bahan yang digunakan biasenye tomato saje. Tapi alhamdulillah ada rezeki lebih, dapat lah beli cendawan butang, capsicum (lada benggala kuning), timun jepun atau dalam saintifiknye Zuccini. Semua dipotong dadu. Kalau nampak bawang yang potong bulat tu sebab saya yang menginginkannye. hehe


Kali ni dagin lembu yang dikisar menjadi pilihan. Selalunya daging ayam yang dikisar. Nak buat ala-ala meatball, tapi macam dah lapar sangat je, masukkan aje la semua. LOL


Ni asas untuk kuah spaghetinya. Macam bos saya kata dia lebih suka blend tomato sendiri instead of pakai puri. hehe (Begitu rajin beliau). Tapi saya rasa tak rajin sangat untuk waktu ini, jadi guna saja tomato puri dan sos spaheti Kimball yang mana dah ada herbs (basil) di dalamnya. Kalau ikutkan nak pakai oregano lebih naik baunya, tapi bajet tengah bulan, pakai yang ni lebih mudah dan jimat. hihi

Masukkan semua bahan-bahan tadi dengan suka hatinya...*wink2* Nak memasak kena sepenuh jiwa untuk family tersayang. Baru sodap~! heee

TADAAAAAAAAAAAAAAAA~!!!!


This is my spagheti bolognaise. Dah siap, nampak mengujakan dan mengenyangkan~!

Kesimpulan resepi spagheti bolognaise kali ni hasil temuramah tidak rasmi ahli keluarga ku kecuali ayah sebab ayah saya tidak suka tomato apatah lagi makanan berasaskan tomato. hehe

Hasil temuramah: Spaghti bolognaise saya sedap--cukup rasa, cukup kaw~!

Syukran, alhamdulillah~ =)

balqiszafira,
Taman Gunung Mas, Tampin
11.04 minit malam (Baru lepas tengok Merlin season 4 episod 1..kih3)




Sunday, October 2, 2011

Doa untuk mendapat pasangan yang baik

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada antara dihatinya setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Aku bukanlah mencintai zahirnya semata-mata kerana kacak..
Tapi hanya kerana hatinya yang teguh mencintai Engkau tuhanku

Ya Allah Ya Rabb
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang
yang tidak sempurna..
Agar aku dapat membuatnya sempurna pada pandanganMu..
Dan menyokong dan meneguhkan hidupku..
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu..
Seseorang yang membuatkan senyumanku mengatasi segala kesedihannya..

Ya Allah
Aku juga meminta.. Jadikan aku wanita yang dapat membuatnya bangga..
Berikan aku hati yang sungguh mencintai Mu sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku..
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan
bukan hal buruk dalam dirinya..
Berikanlah aku pertuturan yang penuh dengan kebijaksanaan..
Agar aku mampu memberikannya semangat dan sokongan padanya setiap hari
yang mendatang

Ya Tuhanku
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
”Bertapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan aku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..
Dan Engkau membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau telah tentukan..

Suka apa yang kita dapat...




Salam alaik buat semua yang sedang berkunjung...

Kesibukan kerja menyebabkan rutin menulis dihentikan buat sementara. Banyak perkara yang terlintas ingin dinukilkan, tapi apakan daya kudrat terbatas dek kelapangan masa dan kecetekan ilmu. Masih banyak yang perlu dipelajari dalam hidup ini.

Apa yang saya fikirkan sekarang?

Baru-baru ini saya melawat sahabat di Shah Alam dan bermalam di rumah beliau.
Macam-macam cerita yang kami kongsikan. Paling seronok mendengar ceritanya adalah berkenaan kerja. Begitu, begini... Sama juga untuk saya, begitu begini ceritanya...semua berkisar masalah kerja.

KERJA?????

Sukakah anda berbicara tentang kerja saat kita sebenarnya ingin menghindarkan cerita tersebut. Bukan apa, mungkin ada yang tidak berkenan dengan kerja yang dimiliki sekarang.
Tapi dek kerana tiada pekerjaan yang lain yang belum mencapai minat kita, kita statik di mana kita berada sekarang.
Malas mencari pekerjaan lain, tidak bersedia berada di tempat baru yang memerlukan adaptasi secepat mungkin, atau mungkin sahaja entah..masih berada di zon selesa (yang tak berapa selesa sebenarnye)

Suka untuk saya petik di sini kata-kata seorang penulis yang sangat saya kagumi penulisannya,

" Walaupun kita tak dapat apa yang kita suka, Tapi kita kena suka apa yang kita dapat."


Begitulah bunyinya...ringkas tapi cukup padat motivasinya.Ayat ini lah yang telah saya berikan kepada beliau sebagai konklusi bicara kami. Beliau tersenyum dan andai kata saya pula yang 'berbicara' tentang perkara yang tidak saya sukai atau keluhkan, beliau pasti mengingatkan kembali kata-kata ini pada pemilik bicara. Alhamdulillah...

Hidup bukan sahaja tentang luahan, keluhan, kesyukuran dan kegembiraan...
Malah ia lebih dari itu termasuklah hidup adalah saling ingat-memperingati...
Terima kasih Ya Allah, Kau hadiahkan manusia-manusia yang baik di kelilingku..Yang menghadiahkan mehnah dan ingatan dari-Mu hakikatnya...


Sungguh mudah andai kita mahu jalani hidup ini dengan penuh bermakna. Jadikan setiap ujian yang kita jalani dan hadapi itu sebagai mujahadah mencari redha Ilahi kerna setiap kejadian yang telah ditetapkan untuk kita sejak Luh Mahfuz lagi punya catatan hikmah tersendiri yang kita tidak ketahui namun Dia punya sebab untuk kita lebih maju dan tabah dalam kehidupan sementara ini...Wallahu'alam.

Jazakallahu khairan atas bacaaan kalian untuk entri kali ini. Moga bermanfaat~! (^^,)

Followers

Rapuh-Opick